Monday, October 10, 2011

Isu Aduan Awam : Permohonan Pembahagian Harta Pusaka

10.10.2011
Kutipan: Mohd Asri Redha
Inilah kita penjawat awam... sentiasa terdedah dengan complain dan aduan ...  pakat2lah kita jaga diri dan jabatan kita... Nak 'complaint' sekarang bukan susah .. masuk dalam internet satu dunia boleh tau.....

http://www.aduanrakyat.com.my/dimana-kewibawaan-pejabat-tanah-daerah-sik


Dimana kewibawaan Pejabat Tanah Daerah Sik?


April 26th, 2011
Author: admin

Pada hari Ahad jam 10.30 pagi bersaman 24.4.2011 saya dan bapa telah berurusan dengan Pejabat Tanah Daerah Sik.Urusanya ialah untuk menyemak status permohonan tanah Pesaka kerana urusan permohonan telah dibuat pada 25.8.2009 tetapi masih belum selesai dan memakan masa selama hampir dua tahun.

Dalam tempoh tersebut setiap kali bapa atau abang ataupun saya sendiri pergi ke Pejabat Tanah untuk membuat semakan permohonan dengan membawa slip bayaran sebagai bukti urusan permohonan, kerani kaunter bahagian Pusaka hanya melihat surat tersebut dan memaklumkan ” permohonan dalam proses ” tanpa membuat semakan terlebih dahulu.Saya sertakan butiran bil tersebut seperti dibawah:

No Siri Resip Bil Pelbagai Bayaran E062959
No rujukan Fail PTS(P) 36/1375(S)
Jumlah Bayaran RM 10.00
Penerima Bayaran FARAH DIANA BT SUDIN
PT.SIK/50 BAYARAN PEJABAT TANAH 20090825ADO7008
Bertarikh 25-08-2009 09:08:42 AM

Semakan kali pertama telah dibuat selepas 5 bulan dari tarikh permohonan. Menurut kerani kaunter bahagian Pesaka semasa permohonan mula-mula dibuat dahulu memberitahu, tempoh permohonan sehingga siap diproses memakan masa sekitar 5 bulan.

Kami membuat semakan permohonan tersebut setiap sebulan sekali ataupun dua bulan sekali dan amat mengharapkan permonan cepat selesai.Tetapi amat mendukacitakan apabila jawapan yang di beri oleh petugas kaunter bahagian Pusaka adalah sama iaitu ” permohonan dalam proses” dan meminta pihak kami bersabar.

Pada 24.4.2011 kami sekali lagi membuat semakan dan alangkah terkejutnya dengan jawapan yang di beri oleh kerani kaunter bahagian Pusaka Pejabat Tanah Daerah Sik.

Menurut kerani kaunter bahagian Pesaka No Fail tidak wujud dan permohonan tidak pernah didaftarkan.Kerani tersebuut telah membuat rujukan dengan Pejabat di Alor Setar dan jawapanya tiada Fail permohonan disana.Saya telah mendesak berulang kali supaya dibuat semakan secara teliti.Jawapan yang diterima tetap sama. Kerani kaunter menyalahkan kerani terdahulu kerana tidak memproses permohonan.Saya meminta untuk berjumpa dengan CC untuk mendapatkan penjelasan, beliau juga memberi jawapan yang sama.Seterusnya saya meminta kebenaran untuk berjumpa dengan pegawai di Gred lebih tinggi untuk mendapatkan penjelasan.Malangnya semua pegawai tidak ada di pejabat dan alasanya semua pegawai menghadiri upacara di istana Sultan Kedah.

Saya ke pejabat DO berhadapan dengan Pejabat Tanah untuk mengadu masalah ini tetapi kerani di kaunter pertanyaan berkata urusan ini perlu diselesaikan di Pejabat Tanah dan tidak perlu campurtangan DO.

Semua jawapan yang diberi menunjukan sikap tidak bertanggungjawap pihak Pejabat Tanah Daerah Sik.Amat mendukacitakan kerana saya adalah anak watan Sik dan juga seorang penjawat Awam Persekutuan.

Saya ingin bertanya kepada pihak berkenaan.Permohonan tersebut bukan di proses olah seorang kerani sahaja.Mesti melalui beberapa peringkat seperti CC dan kelulusan pegawai.Soalanya dimanakan tanggungjawab mereka?

ke Dua, setiap resip bayaran bernombor siri.Fail juga di tulis mengikut no turutanTidakah pihak pengurusan sedar apabila satu transaksi tersilap dan no fail melompat dan tidak mengikut turutan?

ke Tiga, apabila kerani menerima sesuatu bayaran dia mesti tahu atas urusan apa transaksi tersebut berlaku.Dan apabila habis tugas kerani kaunter waktu petang beliau akan print out semua transaksi dan jumlah kutipan .Kerani peringkat CC akan menyemak transaksi dan mengira kutipan pada hari tersebutTidakah CC atau pegawai tidak memeriksa kesilapan ini?

Paling memalukan ialah kelemahan Pegawai peringkat atasan, tiadakah pemantauan dibuat?
Saya dimaklumkan kerani yang memproses permohonan tersebut bermasalah dan telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Baling.Kalau sudah tahu beliau bermasalah mengapa diletakan di kaunter barisan hadapan?

Paling mendukacitakan tanpa perasaan bersalah kerani kaunter menghulurkan borang permohonan dan meminta supaya membuat membuat permohonan baru.

Pengalaman ini membuat kami sekeluarga hilang kepercayan kepada ketelusan pihak Pejabat Tanah dan tidak mudah untuk kami menerima ungkapan “Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan”.

Sekian.

By: Zulkifli Bin Hussin






Monday, June 13, 2011

Lagi-Lagi Kuari,,,, lagi lagi kuari .....

13.06.2011
Catatan : Mtup Mohd Asri Redga

Walaupun dah tinggal Pejabat Tanah Sik .. tapi apa-apa yang berlaku kat daerah itu tetap mendapat perhatian saya.. Sebab itu saya tidak tutup blog ini... Ini keratan berkenaan Pejabat Tanah Sik...-

isu
Mana2 tempat isu kuari adalah sama ajee...

Thursday, March 31, 2011

Apa Dah Jadi Niiiiiii...

31.03.2011
Catatan  : Mohd Asri Redha

Kcemerlangan yang kita buat selama ini hancur lebur dek kerana sekeping surat aduan kepada Utusan Malaysia ini... itulah cabaran...pakat-pakat fikirlah..  saya percaya ada kebenarannya juga yang tidak  boleh nafikan..  Marilah kita perbetulkan sama-sama agar kecemerlangan kembali menyerlah..


beda sangat dgn apa yang orang komen dalam blog saya tahun lepas...... kita mahu komen seperti dibawah ini... baru ada semangat sikit...  tak gitu sahabat-sahabat ku sekalian..

 1 comments:


saadnordin said...
 
baru minggu lepas kali pertama saya ke pejabat tanah sik. layanan memang first class. walaupun ketika itu lunch time, orang pulak sibuk dengan jamuan hari raya, tetapi ada 2-3 orang bertungkus lumus dapatkan maklumat yang saya nak. memang saya kagum gila dengan staff pejabat tanah sik.

Friday, January 21, 2011

KELUARGA BARU KU DI PEJABAT TANAH KUALA MUDA

Hari ke 3 saya berada di Pejabat Tanah Kuala Muda...
baru mula untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.....

Sebahagian ahli keluarga Pejabat Tanah Kuala Muda yang hadir dalam perjumpaan sulung dengan saya pada 20.01.2011..Ramai juga ahlinya lebih kurang 92 orang. Tentunya ambil masa untuk mengenali setiap seorangnya dan mengenali hati budi masing-masing....dan tentu nya mengambil masa juga tu... ya lah nanti kalau tidak kenal apa pula kata anak buah.....sampai anak buah sendiri pun tidak kenal....lebih-lebih lagi kalau terjumpa kat mana-mana... malu juga tu... harap-harap janganlah anak buah fikir yang bukan-bukan kepada diri saya ni....kadang-kadang muka boleh ingat tapi nama pula tidak ingat.....biasalah tu.. kita manusia.. memang sifat pelupa tu memang ada..lebih-lebih lagi bila umur makin meningkat..



Hari-hari pertama di PTKM
berlagaklah sikit..berlagak ber
gambar ajelah..yg lain taaak..
semua berita dan pandangan selepas ini saya telah masukkan dalam blog baru saya di
http://www.semangatjatiptkm.blogspot.com/
Tajuk Blog: Semangat Jati PTKM

Sunday, January 9, 2011

SELAMAT TINGGAL.

13 Januari 2010 ..adalah hari2 terakhir saya di Pejabat Tanah Sik..Terlalu banyak kenangan saya disini walaupun hanya 2 tahun 1 bulan 15 hari bertugas di situ. Rasanya agak singkat penghijrahan saya ke PTS ini...2 tahun bukan jangkamasa yang cukup lama untuk melakukan sesuatu perubahan.....namun apakan daya ku yang lemah ini..tidak ada daya upaya untuk menahan takdir....terima sahajalah walaupun saya sedar..saya akan berhadapan dengan bala yang makin besar dan gawat. Pertukaran saya tidak melibatkan apa-apa kenaikan pangkatpun.. hanya sekadar bertukar pejabat aje...malahan beban tugas tentunya lebih banyak di Kuala Muda.

Pada masa yang sama mungkin perkhabaran pertukaran saya ini menggembirakan sebahagian orang yang mungkin tidak menyenangi diri saya yang ..... Namun saya tidak pasti apakah masih ada yang terasa akan kehilangan saya di sini.....   Terlalu banyak yang saya hendak buat di PTS ini...tapi kekuatan saya adalah terhad....tidak termampu untuk melaksanakan segalanya dalam masa yang terhad.. Ini yang membuat saya terkilan sangat .

Blog berita PTS yang saya buat khusus untuk PTS ini akan terisi berita terakhir dengan luahan rasa yang sukar digambarkan...Walaupun tidak banyak yang baca berita-berita dan cerita dalam blog ini, sekurang-kurangnya saya telah merakamkan segala aktiviti di Pejabat Tanah Sik dan juga melahirkan pendapat dan pandangan-pandangan saya terhadap sesuatu berkenaan pentadbiran sumber manusia, kewangan, penguatkuasaan, undang-undang dan pemantauan projek di PTS ini. Kebanyakan staf PTS lebih suka melayari facebook dari melayari blog dan web-web yang ada. Betul tak?

Rasanya amat jarang  blog dibina oleh seorang semata-mata berkaitan dengan kerja harian kerana ianya memerlukan masa yang agak panjang dan kena fikir selalu nak tulis apa...otak nak bagi berjalan dan sentiasa digunakan selalu barulah ianya menjadi biasa. Bukan mudah nak tulis blog kerana masa saya adalah terhad..tapi saya paksakan diri juga untuk menulis kreatif  menunjukkan kalau kita mahu kita boleh buat dengan segera..Pada saya tidak ada perkataan tidak sempat, tidak dan, kerja banyak dan sebagainya..Kerja tidak boleh bertangguh.


Menerima cenderamata dari Datuk Hj Ismail
b. Said. Pegawai Daerah Sik di Majlis Jamuan
Perpisahan saya pada 13.01.2011
 Sebab itu dengan pegangan itu jugalah maka Pejabat Tanah Sik telah berjaya melaksanakan proses pindah milik tanah dalam masa kurang 2 jam atau dalam tempoh tidak melebihi  1 hari. Satu pencapaian yang amat memuaskan hinggakan mendapat surat penghargaan dari Ketua Setiausaha Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kemuncak kepada proses inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah  tempoh 20 bulan saya memimpin PTS maka Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah memberi Anugerah Kualiti dan Inovasi Pejabat SUK pada akhir tahun 2010 kaegori Pejabat Tanah Dan Daerah. dan mendapat hadiah RM20,000.00. Dengan wang sebanyak itu dapatlah juga kakitangan semua sebuah jam tangan dan sehelai  baju korporat yang ditempah khusus.


Beberapa isu-isu besar, belum lagi saya dapat selesaikan sepenuhnya . Antaranya ialah isu pengeluaran surat hakmilik untuk peneroka felda, pemberian hakmilik beberapa projek Felcra, pemberian hakmilik penempatan Beris Jaya di Batu 5 Sik, isu-isu tanah RC yang telah dipenuhi dengan penduduk, isu pertindihan hakmilik atas lot tanah yang sama, isu-isu tanah KEdA yang masih belum mempunyai hakmilik, isu penyediaan surat hakmilik kekal, tunggakan bayaran premium tanah, tunggakana cukai tanah dan sebagainya, isu kekurangan kakitangan tetap yang amat ketara dan sebagainya.

Insya ALLAH mungkin dengan kehadiran Tuan PTD baru nanti perkara yang menjadi isu akan dicuba selesaikan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan. Kita juga sedang dalam proses melaksanakan Program 5 S dan 'Star Rating' dan Penilaian Laman Web terbaik. Ini juga cabaran yang tidak sempat saya tunjukkan kehebatan Pejabat Tanah Sik yang saya rasa boleh dilaksanakan pada tahun ini.


Semua pakat dapat sebuah jam tangan berjenama dengan
baju korporat lagi, hasil usaha bersungguh-sungguh meni-
ngkatkan lagi kualiti dan perkhidmatan kepada rakyat.
 Berilah kerjasama sepenuhnya kepada Tuan PTD baru nanti dan pada anak-anak buah..janganlah tunggu arahan dari pegawai atasan baru hendak buat...Kita tahu apa yang hendak buat, dan apa patut buat maka kita perlu bertindak proaktif untuk membantu kecemerlangan jabatan kita...barulah kita seronok buat kerja..walaupun kadang-kadang bos buat tidak kisahpun kat kita...yang penting pelanggan kita berpuashati dengan khidmat kita...

Walaupun kita berpisah , saya tetap masih mahu bersahabat dengan saudara-saudari semua...segala tegoran-tegoran dan kadang memo2  'ganas' saya bukanlah untuk menganianya sesiapa. Saya hanya menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan..sesiapa yang saya rasa tergelincir sedikit dari landasan maka terpaksa lah ditegur dan dikembalikan kelandasan yang sebenar..tidak gitu sahabat-sahabat ku sekalian...saya juga ada ketua...ketua bisa tegor saya kalau saya buat apa-apa yang melanggari peraturan yang ditetapkan.


sapa terima hadiah ni...!
 Saya sedari  ada juga kakitangan yang sudah mula serasi dengan cara saya..nampak serius dan 'cenge'  tapi saya mudah didekati tanpa ada apa-apa sekatan dari segi status. sama-sama cuba membantu untuk menyelesaikan masalah dan perlu mengambil tahu segala-galanya dan memudahkan anak-anak buah mengambil tindakan tanpa masalah...orang yang buat kerja seperti biasa dan mematuhi peraturan tentunya tidak akan ada apa-apa masalah ..jadi tak ada apa-apalah.. apa yang perlu dirisaukan...tak gitu..ada yang begitu mesra dengan saya dan sentiasa berbincang, bertanya khabar, sentiasa berinteraksi untuk menyelesaikan apa-apa masalah mungkin akan terasa ketiadaan saya..tapi percayalah hubungan kita tidak terputus.....banyak cara boleh berhubung dan bertanya khabar...Kalau tidak berjumpa dialam nyata..dialam mayapun jadilah..tak gitu..


Majlis penyerahan tugas secara rasmi sebagai Pentadbir
Tanah Daerah Sik oleh  saya kpd  En Mohd Fauzi Ahmad
telah disempurnakan pada 17.01.2011 di Pejabat Tanah Sik.
Maka berakhirlah bebanan yang ditanggung di PTS dan
bermulalah pula bebanan di Pejabat Tanah Kuala Muda
 Memang tabiat saya.. saya memang tidak boleh tengok staf dok saja, membuang masa tidak tentu hala sedangkan kerja banyak, melanggari peraturan pejabat, hisap rokok dalam opis, tidak jaga kebersihan tempat kerja, layan pelanggan lebih kurang aje, sibuk layari facebook waktu kerja..buat kerja tidak teliti, buat kerja halal balai aje, berkira dengan kawan-kawan sepejabat, berat tulang dan sebagainya...Nak buat lagu mana dah perangai macam tu...so saya minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang pernah ditegor, diberi memo dan ada yang diminta tukar serta ada yang terpaksa dibawa kepada Lembaga Tata Tertib Jabatan di Pejabat SUK.  Semua yang saya buat ini adalah untuk kebaikan jabatan....Kalau tidak dibuat begitu maka jadilah seperti mana yang berlaku sebelum ini...yang kita sendiri sedia maklum. Situasi yang sama jugalah yang saya rasa akan saya hadapi di Pejabat Tanah Kuala Muda yang akan saya mula 'start' kerja 16 Januari 2011. Insya Allah berbekalkan sokongan semua pihak dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui akan dapat mengatasi masalah-masalah yang berlaku.... Insya Allah


ada lagi ni yang tak ada dalam gambar...
 Orang lain  saya tidak tahulah, tapi saya amat suka tengok orang rajin bekerja, ringan tulang sedia membantu sesiapa saja, mematuhi arahan pejabat seperti menggunakna kad perakam waktu, kalau diarah guna buku keluar masuk  dia guna, mementingkan kebersihan tempat kerja, prihatin dengan kawan2 yang kerja banyak dan hulur tangan untuk membantu, bila saya minta bantuan secara sukarela ada orang yang sudi, tidak melepak kat kantin lama2, tidak dok mengata kat orang,  proaktif dalam tugas tanpa tunggu arahan selalu dari ketua, sentiasa berusaha membuat penambahbaikan, kreatif dalam kerja, sentiasa mengikuti program-program yang dianjur dan diarah oleh jabatan, rajin bertanya jika tidak tahu, tidak menangguh kerja dan lain-lain lagi perkara positif dalam kehidupan seharian...so kalau ada sifat-sifat ini maka mereka ini akan bahagialah dunia dan akhirat...sesiapapun senang sekali bersahabat dengan mereka..


Selamat Tinggal........

Sunday, December 5, 2010

PENYAMPAIAN NOTIS 5A

Pemohon yang berjaya diberi taklimat dahulu secara terperinci
sebelum diserahkan notis  5A. Ini penting bagi memastikan
bayaran diselesaikan segera mengikut masa dan panduan
beberapa perkara yang perlu dipatuhi sebelum
tanah yang dipohon menjadi milik mereka.
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya akhirnya tanah yang mereka usahakan selama ini telahpun diluluskan kepada mereka. Cumanya belum lagi menjadi hakmilik mereka lagi kerana..notis 5A merupakan pemakluman kepada pemohon agar datang ke Pejabat Tanah Sik untuk membayar segala bayaran-bayaran termasuk premium tanah yang telah dikenakan. Pemohon diberi tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan notis 5A untuk menyelesaikan bayaran-bayaran yang ditetapkan. Jika gagal diselesaikan dalam tempoh tersebut maka denda akan dikenakan. Kalau gagal juga menyelesaikan sepenuhnya bayaran premium yang dikenakan maka, notis 5A itu akan terbatal dan pemohon terpaksa memohon semula dengan dikenakan denda lagi....Kalau tidak maka tanah yang diusahakan oleh mereka boleh ditawarkan kepada mana-mana rakyat  negeri Kedah yang berkelayakan.

Surat hakmilik Sementara akan dikeluarkan apabila segala bayaran yang ditetapkan dalam notis 5A diselesaikan oleh pemohon. Bila sudah ada geran barulah tanah tersebut benar-benar menjadi hakmilik kepada tuan tanah dan boleh diurusniagakan seperti digadai, dipajak dan sebagainya..Walau bagaimanapun pindahmilik tidak dibenarkan dalam tempoh 10 tahun hakmilik dikeluarkan...

 Mohd Asri Redha, Pentadbir Tanah Daerah Sik sedang
menyampaikan notis 5 A kepada salah seorang pemohon
yang berjaya.
Majlis penyerahan notis 5A telah diadakan pada 06 Disember 2010 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik. .....Lebih 90 pemohon yang berjaya telah diserahkan notis. Amanat penting  PTD Sik... 'gunakanlah sepenuhnya anugerah Allah SWT ini untuk bercucuk tanam atau menternak binatang...jangan hanya sekadar dijadikan aset yang digunakan untuk keuntungan jangka pendek dan jadi bahan spekulasi harta semata-mata'...bersyukurlah dengan anugerah ini..

Wednesday, December 1, 2010

PEJABAT TANAH SIK : KE ARAH AMALAN ALA '5S'

Catatan Pada 01.12.2010


1 hari boleh siap..
2 jam pun kami boleh selesai
...PMT

Masa terlalu mencemburui kita...Tidak sempat nak tengok blog yang saya buat khusus untuk aktifviti Pejabat Tanah Sik ini. Tapi kena juga tulis apa-apa yang patut. Tidak boleh terhenti begitu sahaja...Samada orang nak baca atau tidak tidak kisahlah.. mungkin nanti kalau saya tukar ke jabatan lain pula mungkin setakat inilah sahaja tulisan saya berkenaan pengalaman bertugas di Pejabat Tanah Sik..
 


sampaikan pintu tandas pun
kita kena hiaskan..Dalam tu
tak payah tunjuklah..tapi
kat saya memang ada...


Carta Organisasi dibuat atas kreativiti kakitangan
dengan penggunaan bahan-bahan yang diubahsuai.
Murah saja...asalkan praktikal..ok lah..Tetamu tidaklah
'boring' sangat sementara menunggu urusan selesai
boleh menonton TV kat situ
Eheem..sedap mata memandang melihatfail tersusun rapi dalam kotak-kotak yang
dihias indah..Tak apalah pakai kotak-kotak
pun...yang penting nampak cantik, bersih
dan menarik...kreativiti itu penting

Hari ini saya mai juga ke opis..pagi tadi ke WDA ada sedikit urusan berkenaan hal-hal berkaitan perjawatan...tapi petangnya datang juga ke pejabat...selesaikan apa yang sepatutnya.....tapi masih tidak selesai-selesai juga...masa dok tulis ni tidak fikir lagi nak balik atau tidak malam ni. Cuma waktu sunyi-sunyi malam begini..teringat pula kat anak-anak buah yang bertungkus lumus untuk merealisasikan harapan untuk mengubah suasana persekitaran tempat kerja mereka... Kena ulas dan komen juga sikit nanti anak-anak buah kata bos buat tak kisah saja apa yang mereka buat...tak gitu kawan-kawan...Sebenarnya saya amat berminat sekali apa yang mereka tengah dok buat sekarang...ada banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat....Antara perkara besar yang akan saya buat selepas ini ialah bagaimana mengujudkan sistem fail yang kemaskini, teratur, tersusun, mudah cari, mudah capai, fail yang elok, pengurusan setiap fail yang baik, mudah kesan, selamat, bersih,  rekod terkini dan sebagainya...Ini perkara besar bagi sebuah Pejabat Tanah . Kalau fail berterabur sana sini, sekejap ada sekejap tidak ada, hilang isi kandungan , kerja buka fail  baru/sementara dan sebagainya..susah nak buat kerja... Ada sesuatu yang tidak kena juga dalam urusan-urusan rekod-rekod maklumat tanah,  maklumat lot, maklumat PT dan sebagainya hinggakan bisa berlaku pertindihan hakmilik dikeluarkan... semua ini boleh mengundang implikasi yang tidak baik kepada jabatan.




  
Sebahagian maklumat dan  panduan-panduan
kepada pelanggan untuk berurusan.
Ada banyak lagi panduan-panduan yg
perlu dipapar kepada pelanggan agar
mereka mudah  dan tidak tertanya-tanya
apa yang perlu dibuat lagi..
  
Dengan berbelanja tidak sampai RM1300.00
semua lantai yang sebelum ini berdebu dan
sebam sekarang ni dah nampak cantik dan
berkilat2.  Dengan sedikit kerajinan kakitangan dan
inovasi, jabatan dapat selamatkan RM3,000
jika diupah kontraktor mahir yang buat. ..tengok
cantik tak? Baru semangat banyak nak buat kerja...cuma
ruang ini agak kurang terjaga dengan debu2 masih 
banyak terlekat kat TV, perabot dll. Bahan bacaan
juga perlu ditukargantikan selalu..tengok2lah noo.
Tak ator lagi kutt....tak apa saya buat dulu..
 
Ok... saya nak pi ambil gambar dulu apa yang anak2 buat sejak seminggu dua ni...sebenarnya ada banyak gambar-gambar menarik aaktiviti yang dibuat oleh anak buah yang hendak saya paparkan dlm blog ini tapi..dlm blog ini tidak boleh papar gambar banyak-banyak...nanti dia jadi berat dan lambat dipaparkan....minggu depan saya akan papar gambar lain pula...tukar-tukar..nanti anak2 buah kata pilih kasih pula...Ada tempat tempat lain yang kena diperelokkan seperti meja setiap kakitangan perlu dicantikkan dan diperkemaskan lagi, papan kenyataan, bilik mesyuarat belum terator lagi, barang-barang lama dalam stor yang berselerak lagi, gotong royong cat opis, dsbgnya.... Minggu depan mungkin saya akan paparkan pula tempat-tempat anak-anak buah yang tidak ada apa-apa perubahan yang dibuat lagi...jangan marah yaaa......



 
Ok selamat malam...




'AKUJANJI' kakitangan ini kita buat waktu
mula-mula memegang jawatan..mungkin
ramai yang dah lupa..jadi bacalah balik
dan faham betul-betul...baru kita tidak
tergelincir dari landasan.   Pengenalan diri
kakitangan melalui gambar-gambar dan tugas
kakitangan menambahkan lagi mesra layanan
dan memberi impak yang baik kepada jabatan


ASRI REDHA
 
 


Kita tengok nanti apa akan jadi?  Catatan 4 bulan yang lalu.









Catatan dan Penilaian Pada 10.11.2010



NAMPAKNYA...ANAK2 BUAH PEJABAT TANAH SIK  MAKIN BERSEMANGAT UNTUK PERGI KEARAH TERSEBUT... TIDAK KIRALAH 5S KA ATAU APA2 AN....ADA PERUBAHAN YANG SEMAKIN KETARA YANG SAYA LIHAT... BANYAK RUANG LAGI PERLU DILIHAT DAN DIPERBETULKAN...MAKLUMLAH KITA KENA BUAT DARI PERINGKAT AWAL....KITA BUATLAH BERTERUSAN JANGAN BERHENTI.. SETIAP HARI MESTI ADA PENAMBAHBAIKAN DAN PERUBAHAN..  WALAUPUN PEJABAT TANAH SIK PEJABAT LAMA, PERABOT LAMA, MACAM2 JENIS PULA TU...DUIT BELANJA PUN TIDAK CUKUP, DAH HABIS DAH,TAKPALAH..   KITA TERPAKSA TERIMA HAKIKAT TERSEBUT..KITA TIDAK BOLEH JADIKAN ITU SEBAGAI  PENGHALANG DAN MEMATAHKAN SEMANGAT KITA. ...TAPI YANG PENTINGNYA PEJABAT MESTI BERSIH, KEMAS, CANTIK, TERSUSUN DAN MACAM-MACAM LAGILAH...


KREATIVITI TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA.......

TERIMA KASIH SEMUA... Nanti saya akan ulas lagi secara bergambar pula....



 

Wednesday, November 10, 2010

AKHIRNYA BERJAYA JUGA BERSARA!


Ini bukannya bermaksud nak suruh cepat bersara pada kakitangan... Ini sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga sampai ke umur bersara.. Bukan senang tau untuk sampai ke umur-umur bersara..Ada yang tidak sempat untuk bersara kerana masalah kesihatan.. ada yang meninggal dunia sewaktu umur yang patutnya masih bekerja disebabkan masalah kesihatan  atau kemalangan...Jadi kejayaan menghabiskan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga umur bersara merupakan satu kejayaan yang besar kepada yang menerimanya.

En Ahmad bin Hashim..Penghantar Notis
Gred N3 yang bersara pada 00.00.2010

En  Radzali bin Hashim ..Penghantar Notis
Gred N3 yang bersara mulai 00.00.2010

Secara kebetulan tahun ini Pejabat Tanah Sik .. telah kehilangan 3 orang pegawai yang amat berpengalaman dalam bidang masing-masing dimana ketiadaan mereka sebulan dua ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran aktiviti Pejabat Tanah Sik. Nasib baiklah Kerajaan telah menggantikan 2 orang baru Penghantar Notis datang ke sini dalam tempoh terdekat ini. Cumanya 3 oang Pembantu Tadbir yang bertukar dan seorang Pembantu Tadbir yang bersara tidak diganti-ganti lagi...macam menunggu buah yang tidak gugur-gugur....bila la nak mai.....

Tn Hj Md Zali b. Awang Kecik Pembantu Tadbir
Gred N26 yang bersara mulai 00.00.2010
 Saya selalu membangkitkan isu-isu kekurangan kakitangan  dan kekurangan peruntukan untuk jabatan-jabatana yang tugasnya mengutip hasil kerajaan negeri...Apa-apa kekurangan perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan kerana ia memberi kesan kepada kutipan hasil kerajaan negeri...hasil yang dikutip nak diguna untuk perbelanjaan semua jabatan negeri, bayar gaji dan sebagainya....Jabatan lain tu bukan tidak penting, tapi kalau dah pulusnya tidak ada atau tidak cukup.. tidak ada maknanya...Jadi kepada sahabat2 yang ada kuasa bantulah jabatan-jabatan yang amat memerlukan pertolongan ini seperti Pejabat Tanah Sik... Insya Allah.. kami akan buktikan bahawasanya sedikit yang ditambah berlipat kali ganda hasilnya akan diperolehi oleh kerajaan...

OK selamat bersara dan bertukar...semoga bertambah sejahtera hidup selepas bersara ini......


 

Monday, November 1, 2010

SATU HARI BOLEH SIAP KA ? APA KATA KITA BUAT 2 JAM BOLEH SIAP..

04 November 2010
Pejabat KPTG
Putrajaya

Hari ini saya bersama dengan semua PTD Negeri dan Kedah dan diketuai oleh Dato' Hj Mohd Nor Rofie Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah membuat kunjungan hormat menemui Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan iaitu Ybhg Dato'  Azemi bin Kassim.

Kunjungan seperti ini sepatutnya diadakan selalu agar ada perhubungan yang erat antara Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri. Bila kerjasama erat terjalin antara pegawai JKPTG dan PTG Kedah maka mudahlah dilaksanakan apa-apa program yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dan yang penting rakyat dapat manfaatnya. Saya terharu dengan layanan pihak KPTG terhadap rombongan dari Kedah ini. Walaupun jelas diketahui bahawa Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi layanan tetap diberikan sama rata, walaupun difahamkan dalam beberapa jawatankuasa tanah yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia, PTG Kedah tidak dijemput. Namun PTG tidak seharusnya menjadikan ini sebagai halangan untuk  terus berurusan dengan pihak JKPTG. Banyak isu dan cadangan dikemukakan dalam pertemuan mesra ini dan pihak JKPTG memberi maklumbalas yang agak positif dalam beberapa perkara yang dibangkitkan.  Apa yang penting dalam mendapatkan apa yang diperlukan, Pentadbiran Tanah Kedah perlu buktikan kemampuan melaksanakan apa-apa program yang dilaksanakan oleh JKPTG seperti pelaksanaan Proses Pindah Milik Tanah Dalam Masa 1 hari.

Di akhir perbincangan dan pertemuan, pihak JKPTG telah menyampaikan Sijil Anugerah Khas kepada beberapa Pejabat Tanah Kedah yang telah berjaya melaksanakan Proses Pindah Milik Tanah Dalam Masa 1 Hari. Pejabat Tanah Sik adalah antara Pejabat yang sentiasa kehadapan dalam menjayakan program ini. Malahan kejayaan ini bukan setakat 1 hari tetapi dapat disiapkan dalam tempoh kurang 2 jam sejak 4 bulan berturut-turut.. Kejayaan ini sebenarnya memberi implikasi yang amat baik kepada jabatan dan kakitangan Pejabat Tanah Sik kerana dengan kejayaan ini juga telah merupakan salah satu aspek yang dinilai oleh Kerajaan Negeri Kedah hingga Pejabat Tanah Sik di Anugerah Khas Inovasi dan Kecemerlangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diterima baru-baru ini. Duit pun dapat RM20,000.00. Banyak tu...Inilah janji Pejabat Tanah Sik sejak program ini dilancarkan pada setahun yang lalu sepertimana rencana saya dibawah yang akhirnya terbukti berhasil dengan komitmen semua kakitangan.


Saya sedang menerima Sijil Penghargaan Kejayaan Melaksanakan Urusan Pindah Milik Tanah Dalam Tempoh 1 Hari , 5 bulan berturut-turut dari Ybhg Dato' Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Malaysia, di JKPTG, Putrajaya pada 4 November 2010. 

Namun kejayaan beberapa Pejabat Tanah Kedah mencapai 100% pelaksanaan pindah milik tanah dalam masa 1 hari tidak melonjakkan kedudukan peringkat nasional, dimana Pentadbiran Tanah Kedah duduk ditempat ke 8. Kalau semua Pejabat Tanah dapat melaksanakan program ini 100 peratus, mungkin kedudukan akan lebih baik lagi.

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

20 November 2009
Hotel A Famosa Resort,
Melaka

Kerajaan berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan dalam memberi kesenangan kepada rakyat dan mempermudahkan rakyat membuat sebarang urusan dengan kerajaan. Sesuai dengan moto kerajaan yang memberikan keutamaan kepada RakYaT.

Pentadbiran Tanah tidak terlepas dari menerima tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Atas hasrat tersebut saya berusaha hadir juga dalam Konvensyen Pentadbir Tanah Seluruh Malaysia yang diadakan di Hotel A Famosa Resort, Melaka bermula dari 22 November hingga 25 November 2009. Konvensyen ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Fokus utama konvensyen ini ialah membuat rumusan bagaimana untuk melaksanakan 'kaunter ekspress' segala urusan yang berkaitan dengan urusniaga dan bukan urusniaga tanah dimana bengkel telah membuat 'kenyataan bersama' untuk melaksanakan urusan pendaftaran dan pengembalian dokumen dapat diselesaikan pada hari yang sama. Dalam beberapa transaksi tertentu seperti pindah milik tanah, gadaian tanah, melepas gadaian tanah dan sebagainya boleh dilaksanakan dengan segera dan ada setengah-setengah pejabat tanah telah membuktikan hanya mengambil masa kurang dari satu jam jika dokumen lengkap dikemukakan.

Pentadbir Tanah Sik, PTD Bandar Baru dan PTD Langkawi sedang mendengar taklimat bengkel...

Pelaksanaan 'kaunter ekspress' seperti ini memerlukan transformasi dalam pentadbiran tanah terutama dalam memastikan semua kakitangan terlibat memahami sepenuhnya hasrat kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat. Sikap dan cara bekerja perlu berubah.

Dalam hal ini saya juga akan cuba melaksanakan kehendak kerajaan dan memastikan setiap urusniaga tanah dapat diselesaikan pada hari yang sama. Semuanya ini sebenarnya terletak kepada keikhlasan setiap kakitangan untuk bertindak sebaik mungkin seperti mana yang diarahkan. Benda baik orang arah , laksanakan sahajalah sekadar yang termampu, Hendak SeribU DayA, Tidak HendaK SeriBu DaliH..... alasan tidak cukup kakitangan, tidak cukup masa dan banyak kerja adalah alasan murahan yang selalu dibangkitkan bila saja sesuatu perubahan kearah lebih baik diajukan.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berita Terkini:     Pada 31 Mei 2010..Jabatan ini telah menerima surat penghargaan dan tahniah dari Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar atas kejayaan melaksanakan pendaftaran pindahmilik tanah siap 100% dalam masa satu hari bermula 1 - 15 Mei 2010. Surat penghargaan ini menjadi satu semangat kepada kakitangan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan cekap lagi...Sebenarnya saya tidak buat apa perubahan pun lagipun pindah milik tidak banyak.. cuma arahan buat bagi  cepat sahaja dan buat pemantauan berterusan...Tidak sangka pula sampai KSU sendiri hantar surat penghargaan. Ini sudah serious nampaknya...Tidak boleh buat main-main lagi ni. Peranan dan kesungguhan Ketua Unit dan kakitangan yang sebenarnya menyumbangkan boleh siap  pindahmilik 100% dalam tempoh kurang 1 hari.


Sekurang-kurangnya PTS adalah sedikit sumbangan kepada Pencapaian kedudukan negara Malaysia dikalangan 10 negara yang paling berdaya saing didunia mengikut Laporan Tahunan Daya Saing Dunia bagi 2010 (WYC) yang diterbitkan oleh Institute For Management Development (IMD) berpangkalan did Switzerland. Ini adalah kerana kecepatan memproses pindahmilik tanah juga diambil kira dalam kajian tersebut selain beratus-ratus kriteria lagi yang ditetapkan. Jumlah yang mengambil bahagian dalam saingan in ialah 58 negara. 


Alhamdulillah...sekarang sudah menjadi budaya bagi unit berkenaan..dapat saja borang pindahmilik lengkap yang diserahkan dikaunter....sudah tertanam difikiran mereka kena proses segera..lagi  cepat lagi bagus...bukannya ada apa-apa ganjaranpun tetapi sebenarnya itulah standard kerja yang sebenarnya. Terima kasih dan tahniah kepada semua anak buah yang terlibat kerana prihatin dengan kehendak pihak atasan...Sekarang mereka duduk berkira nak bagi siap dalam tempoh kurang dari 2 jam.  Insya Allah..boleh kut. ....Apa kata unit yang lain juga kita buat macam tu...try pi lah tengok..


Ok jumpa lagi...



berita lanjut boleh layari di http://www.beritasri.blogspot.com/

Bye..jumpa lagi...

asriredha
teratak kasih
Alor setar

Tuesday, October 5, 2010

YAHOO....Anugerah Kualiti & Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri KEdah

Hotel Holiday Villa
Alor Setar
02 Oktober 2010

Yahoo tu ialah perkataan popular bagi peminat  internet...Yahoo ialah enjin carian internet yang begitu popular...Apa yang saya maksudkan Yahoo.. ialah tanda kegembiraan..jadi kalau sapa-sapa suka dia suka kata 'yahoooo' tak tahu fasal apa keluar perkataan itu...

Oklah dipendekkan cerita ...Malam ini saya hadiri Majlis Makan Malam Anugerah Kualiti dan Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah...Tidak dijangka langsung..secara tiba-tiba Pejabat Tanah Sik di anugerahkan Kualiti  SUK Tahun 2010 bagi kategori Pejabat Tanah dan Daerah. Sayapun tidak tahu atas kriteria apa pemilihan ini dibuat. Kerana pada saya belum sampai tahap yang sepatutnya lagi untuk mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan atau anugerah yang diadakan.

Bukan tidak boleh ...kita boleh kalau mau..pokoknya kena usaha lebih sikit lagi..untuk jabatan mencapai kecemerlangan bukan boleh dibuat sorang-sorang ..Kena berkumpulan, bersatu hati, bercita-cita tinggi, semua kakitangan kena main peranan yang sebenarnya. Tengok ni..nampak ceriapun bergambar pakai baju raya pula tu....

PTG ada bertanya untuk mencalunkan PTS masuk anugerah kualiti sebelum ini. Sayapun tidak tanyalah anugerah kualiti apa, tapi saya bagitau kat CC supaya tidak payahlah kita masuk.. rasanya tidak sampai tahap yang benar-benar memuaskan hati saya. Terlalu banyak sangat kekurangan disana sini. Mungkin selepas berjaya melaksanakan Sistem 5S kat opis nanti baru saya  bersungguh-sungguh nak suruh anak buah atur masuk apa-apa sahaja anugerah-anugerah kualiti yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan.

Walau bagaimanapun diucapkan terima kasih kepada Dato' PTG yang tetap mencalunkan Pejabat Tanah Sik untuk anugerah tersebut walaupun tuan yang empunya diri belum lagi yakin.   Sekurang-kurangnya  dengan anugerah ini ianya akan memberi semangat yang lebih hebat lagi kepada semua kakitangan PTS yang saya nampak dan rasa sudah ada perubahan-perubahan yang begitu positif untuk menjadikan Pejabat Tanah Sik lebih cemerlang.  Anugerah ini adalah untuk semua kakitangan yang bertungkus lumus bekerja untuk rakyat dan bertanggungjawab kepada kerajaan negeri.

Sebenarnya ini bukan kali pertama jabatan yang saya duduk bekerja mendapat anugerah cemerlang. Ketika saya bertugas di Pejabat Daerah Kubang Pasu sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kubang Pasu, saya terlibat secara langsung dalam pengurusan projek kecil luar bandar. Hasilnya dari sistem dan cara pengurusan yang saya amal dan laksanakan disitu maka Pejabat Daerah Kubang Pasu telah dianugerahkan Anugerah Pengurusan Projek Kecil Luar Bandar Terbaik Seluruh Malaysia Kategori Pejabat Daerah yang dianugerahkan oleh MAMPU. Bukan senang untuk mendapat anugerah ini, walaupun bukan wang tunai menjadi hadiahnya tetapi pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan cukup besar kepada jabatan dan kerajaan negeri Kedah sepatutnya. Malangnya hanya itu sahaja yang diterima tanpa ada apa-apa kata-kata sokongan dan tahniah dari pihak kerajaan negeri sendiri. Yang paling sedihnya ialah pengurusan projek yang terbaik yang diiktiraf oleh MAMPU sendiri tidak dipakai lagi selepas itu  malah dironyeh habis oleh boss yang mengambil alih tugas selepas itu semata-mata untuk menyesuaikan dengan kepentingan peribadi. Sistem yang diatur sebelum ini memang telus, mudah, cepat dan senang dibuat pemantauan...tapi langsung tidak diambil kira.. maka akhirnya balik asal juga....jadi tidak ada maknanya juga anugerah tersebut.

Di Pejabat Tanah Sik ini peranan saya sebagai ketua jabatan hanya kecil sahaja. Sekadar memimpin dan mengurus . Selepas ini mungkin saya akan bertukar ke jabatan lain pula.  Namun usaha-usaha kearah penambaikan dan kecemerlangan perlu diteruskan oleh kakitangan yang ada. Itulah harapan saya. Biarlah apa yang kita buat itu atas keikhlasan dan kesedaran sendiri tanpa disuruh dan dipaksa. Jadi kalau siapa yang datang mentadbir, kerja tetap berjalan dengan pantas dan lancar malahan lebih hebat lagi...

Ingatlah...bukan anugerah yang kita buru tetapi yang penting ialah perkhidmatan kita kepada rakyat dan tanggungjawab kita yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan... Kita dibayar upah untuk bekerja. Anugerah itu biarlah orang lain yang menilai kita....Bila sudah mendapat anugerah.. satu cabaran pula kepada jabatan kerana orang akan melihat apa yang hebat sangat Pejabat Tanah Sik tu.. ini yang merisaukan juga...takut harapan orang kepada PTS terlalu tinggi..Itu sebab saya tidak berminat untuk masuk pencalunan apa-apa anugerah..Tidak apa yang dapat dibanggakan dan ditonjolkan sangat .Tapi pihak luar nampak apa yang kita buat..

Yang menariknya anugerah ini ialah kerajaan negeri menghadiahkan sejumlah RM20,000.00 untuk jabatan melaksanakan apa-apa projek yang sesuai untuk kakitangan. Satu jumlah yang saya kira sangat lumayan sekali. Itu yang saya jerit YahOO tu.. tak taulah anak buah nak jerit YahOO tak?  Saya tidak pasti lagi apa yang boleh dibuat dengan peruntukan sebanyak itu. Kalau bebas guna apa sahaja, maka perkara ini biarlah anak-anak buah memikirkannya sendiri apa yang patut dibuat..mana yang baik dan memberi keadilan kepada semua kakitangan....saya rasa mereka yang berhak menerimanya...

Tahniah kepada semua kakitangan di atas usaha anda semua... tingkatkanlah lagi usaha-usaha anda semua supaya lebih lagi cemerlang..pada masa akan datang. Mana-mana unit yang terasa kurang sumbangan maka usahakan supaya tingkatkan sumbangan seperti cepatkan proses, buat segera, ada sistem dan seni krreatif dan inovasi dalam kerja harian. Saya rasa setiap kakitangan tau sejauh mana sumbangan masing-masing dalam kecemerlangan sesebuah jabatan. Saya perlu semua unit bertindak segera. Kita kena bermula dari sekarang....jangan leka dan, jangan lalai dan jangan main-main nanti jabatan lain akan potong ...

RAYA-RAYA 2010

04.10.2010
Sik

Hari ini orang Sik makan 'free' . Lebih 3,000 orang telah menghadiri

Seperti biasa..gambar penulis kena ada sama. Turut sama layan tetamu yang datang menjamu selera di gerai nasi daging

Majlis Jamuan Raya Anjuran Majlis Daerah Sik dan Pejabat Daerah & Tanah Sik. Dengan menu nasi daging yang enak, laksa tempatan,
satay, ais kacang dan kuih muih yang dihidangkan untuk tetamu yang
hadir.


Program ini telah mendekatkan lagi hubungan antara jabatan dan rakyat

Dayang2 Pejabat Tanah Sik sedang melayan tetamu dengan sabar

yang merupakan pelanggan utama di kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Sik ini.
Lebih meriah lagi apabila YAB Menteri Besar Kedah iaitu Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak telah hadir sama majlis ini. Satu

Tetamu-tetamu sedang memilih makanan-makanan yang disediakan.

penghormatan yang besar kepada pentadbiran daerah Sik kerana dalam
kesibukan beliau masih berkesempatan untuk hadir juga ke program yang dianjurkan pada hari ini. Tahniah kepada Tuan Pegawai Daerah Sik yang mengambil inisiatif menganjurkan majlis yang amat bermakna ini.

Monday, September 27, 2010

DilemA PenGuaTkuaSaaN UndanG-UndanG TanaH

Hari ini Pejabat Tanah, Majlis Daerah Sik dan JKR serta lain2 jabatan sedang melaksanakan  operasi penguatkuasaan meroboh binaan diatas rizab jalan Jeniang Sik.....Anak-anak buah saya sedang bertungkus lumus melaksanakan operasi ini bersama jabatan-jabatan lain untuk memastikan segala proses dan tindakan adalah mengikut undang-undang. Bukan senang untuk melaksanakan operasi-operasi seperti ini.                                                                          
Kalau tanya hati kecil saya  sendiri....tentunya sayapun tidak suka nak pergi runtuh rumah atau bangunan tempat orang berlindung dan jadi tempat cari nafkah pula...sapa yang mahu... tentunya  kalau boleh cuba nak elakkan... Inilah dilema-dilema pegawai-pegawai yang berada dijabatan-jabatan yang ada sedikit sebanyak peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan.. Macam saya ini terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang tanah... banyak peruntukan dalam KTN yang memberi kuasa kepada PTD untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.....hanya mahu atau tidak sahaja untuk melaksanakannya.

Saya boleh menjangkakan kata-kata kecaman  dan maki hamun terhadap pegawai penguatkuasa seperti  ini akan timbul seperti pegawai bertindak zalim, pilih kasih, berat sebelah, terima rasuah, anti melayu, anti cina, nak cari makan susah, orang lain fasal apa tak ambil, orang dulu tidak ambil pun awat la kalut sangat, notis tidak pernah bagipun, tidak ada hati perut dan macam-macam lagilah...Pengalaman duduk di Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran telah menyebabkan saya telah lali dengan kata-kata kecaman dan sindiran seperti ini....tapi kita nak buat macam mana. Di satu pihak mahu dilaksanakan tindakan undang-undang , manakala disatu pihak lagi supaya diberi kelonggaran dan jangan diambil tindakan undang-undang. Buat salah tak buat salah... yang mana satu nak pakai ni..yang nak jawab saya juga......campur tangan nak membantu yang terlibat memang banyaklah..  semuanya nak tunjuk juara sebagai pembela bangsa dan rakyat..sedangkan pada hakikatnya.. salah tetap salah.... Kadang-kadang kalau terlalu diperbesarkan oleh media yang prihatin dan tidak mendapat maklumat yang tepat, jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan pula yang dituduh tidak betul.... jadi dimana nak letak muka kita yang berkerutu ni....

Nak membatalkan sesuatu operasi bukan mudah. Banyak masa dan tenaga  serta kos dihabiskan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan. Banyak jabatan terlibat. Sebab itu sebelum tindakan penguatkuasaan diambil..masa secukupnya diberi kepada yang terlibat. Notis berulangkali dikeluarkan untuk mengambil tindakan segera. Sampailah lama sangat dan sampailah orang kata dan report kata Pejabat Tanah gagal menjalankan tugas.. itupun masih bersabar lagi......tekanan-tekanan yang jabatan terima sememangnya kebanyakan orang tidak tahu....so akhirnya kita laksanakan juga....ikut keperluan dan kepentingan. Untuk makluman pembaca... semasa buat operasi ini sebuah jentera 'back hoe' yang digunakan telah terbalik menunjukkan betapa terok dan tinggi risikonya melaksanakan operasi-operasi seperti ini. Nasib baiklah tidak melibatkan apa-apa kecederaan dan kematian petugas.

Selepas ini saya dan pegawai-pegawai saya pasti akan dituduh macam-macam lagilah....memang saya sudah bersedia untuk menghadapi semua ini...tidak apa ...sabar-sabar sahajalah...kita kena buat tidak kisah sahaja sudahlah.. jangan duduk ambil kisah sangat....dan jangan dok berkelahi dengan mereka..cakap dan bincang elok-elok. Jabatan hanya menjalankan tugas yang diarah..itu sahaja...Itu yang saya selalu peringatkan kepada anak-anak buah saya.

Selepas ini akan ada lagi operasi penguatkuasaan yang akan dibuat dan mungkin lebih hebat lagi....kita beri notis secukupnya supaya semua yang terlibat termaklum dan diberi masa secukupnya untuk memindahkan dan meroboh apa yang patut. Selepas itu kalau dah lama sangat dah tidak ada apa-apa tindakan dari notis yang diberi barulah kita jalankan tanggungjawab kita...Sebenarnya tidak ada yang teraniaya dalam operasi seperti ini kerana mereka diberi pilihan dan pampasan secukupnya. Cuma bila orang ingat kerajaan, maka itu yang membuatkan mereka tidak kisah, lebih-lebih lagi ada orang-orang yang membela dibelakang mereka.

Bukan setakat membuang binaan sahaja tetapi juga penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan secara haram, penerokaan tanah kerajaan secara haram dan sebagaimya adalah tindakan-tindakan berterusan yang diambil dari masa ke semasa untuk memastikan hasil mahsul kerajaan negeri tidak bocor dan meningkatkan hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.

Sampai satu peringkat hingga semua orang tidak suka, maka tukarlah hamba yang kerdil ini dari daerah yang begitu aman tenteram ini. Tempat lain rasanya mungkin lebih hebat lagi cabarannya... hadapilah semua ini sementara belum pencen.

Okk.... saya nak berhenti dulu kat sini... ada banyak cerita lagi ni......nanti saya sambung lagi...

29.09.2010

Ok jumpa lagi..balik dari jamuan raya malam ni..terasa pula nak sambung balik cerita berkenaan dilema penguatkuasaan.

Benar bagai diduga..di Berita Utama  TV jam 8.00 mlm hari ini...diberita dan diulas panjang lebar berkenaan operasi meroboh buang binaan-binaan tersebut. Seperti biasa jika operasi ini dipolitikkan maka ia akan menjadi lebih menarik lagi. Maka timbullah cakapan rasa tidak puas hati yang terlibat  dan perkataan kezaliman pasti terucap. Satu Malaya sudah tahu operasi ini... maka yang akhirnya dituduh salah ialah jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan itu pula...sekiranya tidak diketahui akan maklumat yang jelas. Jadi anggapan yang tidak benar itu lama-lama akan nampak jadi benar pula...Kerajaan Negeri pula telah dituduh zalim...  sedangkan sebenarnya negara dan negeri kita ada undang-undang dan peraturan. Kalau undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerentah tidak patuhi susahlah.. setiap orang nak buat undang-undang sendiri.. huru hara jadinya negara kita...  Itupun sebenarnya tidak semuanya undang-undang dikuatkuasakan sepenuhnya. Terlalu banyak kelonggaran yang diberi semata-mata untuk memuaskan setengah-setengah pihak yang agak liat untuk mengikut sepenuhnya undang-undang yang ada.

Wednesday, September 1, 2010

KEPUASAN BEKERJA

MERDEKA MERDEKA MERDEKA


Salam Kemerdekaan untuk semua.

Lama tidak menulis dalam blog ini..entah kenapa...kurang dapat idea pula dalam bulan2 puasa ni..Rasa masa berlalu begitu cepat aje...sedar.sedar sudah lebih 3/4 bulan kita berpuasa. Alhamdulillah semua diberi kekuatan untuk mengikuti ibadah puasa dengan lancar..harapnya semuanya sentiasa sihat-sihat dan bahagia, dan selamat terus berpuasa dan buat persiapan AidilFitri.

Hari ini teringin nak menulis berkenaan dengan kepuasan bekerja...Saya selalu bangkitkan perkara ini kepada anak-anak buah tentang perkara tersebut dimana sahaja saya bertugas. Kepuasan bekerja bermakna bekerja dengan gembira dan seronok. Bukan senang nak dapat keseronokan dalam bekerja. Banyak yang tidak seronok waktu bekerja walaupun mereka tahu tempat bekerja itulah yang telah menyara kehidupannya hingga ke akhir hayat. Dari situlah ia beroleh kesenangan hidup tetapi malangnya tempat dimana sumber pendapatan diperolehi tidak pula ia beroleh kegembiraan. Maka kalau begitu jadinya berkerjalah hamba Allah itu dengan keseganannya, keegoannya, kemalasannya, kecuaiannya, ketegangannya, kekotorannya, kesombongannya dan segala macam perkara negatif akan terhasil akibat dari ketidakgembiraannya bekerja di pejabat. Maka rugilah kehidupan seseorang itu kerana lebih dari 3/4 purata masa hidup seorang manusia banyak dihabiskan ditempat kerja....

Sebab itu saya kata jangan buat mudah soal ini..Suka tidak suka kita kena bagi suka juga akhirnya. Ujudkan suasana persekitaran yang membolehkan kita suka kepada kerja kita, suka kepada kawan-kawan sekerja kita, suka kepada apa yang ada kat tempat kerja kita, suka akan pelanggan kita walau macammana perangai dan layanan mereka atas perkhidmatan kita, suka akan ketua jabatan kita walaupun ia 'strict' sikit kerana telah mengubah kebiasaan cara kerja kita menjadikan kebanyakan pekerja tidak suka akan setengah-setengah bos mereka. Apa-apa yang dibuat kita kena pandang secara positif. Barulah perasaan seronok dan puas bekerja itu datang dengan sendiri.

Ada juga yang memang suka bekerja disatu-satu tempat tertentu tetapi tidak suka bekerja ditempat lain. Ini memang ada. Mungkin ia suka kerja disitu kerana ia boleh dapat kemudahan macam-macam yang disediakan, mungkin disitu elaun dan kemudahan sampingan lebih banyak, mungkin disitu ada kuasa yang boleh diguna untuk kepentingan diri sendiri, mungkin juga beliau boleh mendapat kemudahan-kemudahan tertentu dengan kerja disitu..jadi inipun buat mereka seronok kerja di situ tetapi dari segi prestasi kerja belum tentu menyerlah... Yang ini saya rasa keseronokan yang palsu. Mereka bukan puas atau seronok bekerja tetapi puas atau seronok kerja disitu untuk ambil kesempatan untuk diri sendiri.

Jadi janganlah hairan ada pekerja yang hidup senang lenang kat satu-satu tempat kerja kerana kalau nak perbaiki kereta ada bengkel yang beri perkhidmatan percuma, kalau nak beli barang-barang hardware ada kedai yang bagi diskaun lebih 50 peratus dan kadang-kadang patut padan diskaun 100 peratus, kalau nak melancong kemana-mana destinasipun akan ada orang tolong kira, malahan kalau nak perbaiki gigi pun ada orang tolong perbaiki dengan percuma... sampai begitu sekali. Semuanya kerana ia ada kuasa, ada pengaruh, ada kemudahan komunikasi, ada kenalan, dan segala macam. Jangan lihat kuasa itu diperingkat bos-bos saja diperingkat bawahpun ada kuasa tersendiri...menyediakan laporan teknikalpun adalah kuasa, menghantar notispun adalah kuasa, membuka failpun adalah kuasa, nak buat suratpun adalah kuasa, bagi khidmat nasihatpun b oleh jadi kuasa, nak nilai tanahpun adalah kuasa, nak tengok pelanpun ada kuasa tersendiri, dok cop paspot imigresen pun ada kuasa tersendiri, menyarung pakaian seragam penguatkuasa sudah tentu ada kuasa, nak buat surat sokonganpun adalah kuasa. Pendek kata macam-macam kuasa ada yang boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri dengan jawatan yang dipegang....

Oklah saya pohon permisi dulu. Nampaknya saya kena pergi kerana mau teman isteri 'shopping' barang keperluan dapor. La ni kereta banyak gila kat jalan raya dan orang banyak gila kat mana-mana supermarket....banyak juga duit orang-orang Kedah ni..

wassalam ketemu lagi... ada lagi yang saya nak tulis sambung pasal 'kepuasan bekerja' tadi baru intro saja tu.

Sunday, August 8, 2010

TANAH SUMBER EKONOMI MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK SIK

Mengapa memiliki tanah itu penting? Inilah persoalan yang bermain-main difikiran manusia yang duduk dimuka bumi ini. Memang penting..segala-gala berkenaan tanah adalah penting. Kerana tanahlah orang berperang. Kerana tanahlah adik beradik tidak bertegor sapa. Kerana tanahlah juga orang menjadi gila....macam-macam lah kesannya bila dikaitkan dengan tanah....

Sebab itu adalah penting rakyat yang memiliki tanah menjaganya dengan sebaik mungkin. Tanah menjadi

Sebahagian 220 orang penerima anugerah tanah kerajaan sedang mendengar taklimat dari urusetia Pejabat Tanah Sik


sumber ekonomi yang amat penting. Dengan tanah seseorang itu boleh meningkatkan taraf hidupnya. Banyak aktiviti ekonomi  boleh dilakukan diatas tanah.   Kalau dilihat dari pemohon-pemohon tanah kerajaan di daerah Sik ini, sebahagian besarnya adalah bekerja sebagai petani dan berpendapatan kurang dari RM800.00. yang boleh dikategorikan sebagai miskin. Ini merupakan peluang terbaik kepada pemohon yang dianugerahkan tanah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan melalui tanah yang dimiliki. Kalau sekadar memilik tetapi tidak memajukannya maka tidak ada maknanya memilik tanah tersebut.

Satu majlis Penyampaian Notis 5A KTN telah diadakan oleh Pejabat Tanah Sik pada 08 Ogos 2010 di Dewan Sik. Seramai lebih kurang 250 orang pemohon yang telah dianugerahkan tanah oleh

Tuan Pegawai Daerah Sik sedang menyampaikan notis 5A kepada salah seorang penerima.

kerajaan negeri. Notis 5A adalah notis yang diserahkan kepada pemohon yang berjaya dimana kandungan notis ini mengandungi bayaran-bayaran premium tanah dan lain-lain bayaran yang perlu dijelaskan oleh pemohon yang dianugerahkan tanah kerajaan. Tempoh masa diberikan selama 3 bulan untuk menyelesaikan kesemua bayaran yang ditetapkan. Penyampaian notis ini disempurnakan oleh Tuan Hj Mat Noh Ahmad, Pegawai Daerah Sik. Turut hadir ialah en Mohd Asri Redha b  Abd Rahman Pentadbir Tanah Daerah Sik dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Tanah Sik

Wednesday, August 4, 2010

MEMBUDAYAKAN INTEGRITI AHLI MAJLIS PBT KEDAH

05 Ogos 2010
SP Inn, Sg Petani

Isu integriti selalu menghantui setiap PBT apatah lagi PBT mempunyai pelbagai kuasa yang diberikan melalui pelbagai undang-undang dan akta yang ada. Ujudnya pelbagai kuasa yang diberikan kepada pegawai-pegawai di sesebuah PBT itu telah memberikan suatu suasana yang kadang-kadang boleh disalahgunakan oleh penjawat awam dan juga ahli-ahli majlis itu sendiri. Banyak isu-isu penyalahgunaan kuasa hingga membawa kepada kes-kes mahkamah yang sedikit banyak telah menjejaskan imej sesebuah PBT itu. Kadang-kadang ada Ahli-Ahli Majlis yang kurang memahami akan peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis hingga kadang-kadang timbul masalah dengan pentadbiran PBT itu sendiri.

Amat bertepatan sekali Kerajaan Negeri Kedah melalui INSPIN telah mengadakan Forum Kepimpinan Berkualiti Ahli Majlis PBT Negeri Kedah DA. Forum ini diadakan pada 05 Ogos 2010 di SP Inn. Forum ini adalah khusus untuk memberi penerangan tentang peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis PBT dan juga membudayakan integriti dikalangan penjawat awam dan Ahli Majlis PBT. Tenaga penceramahnya adalah orang berkalibar dari Institut Integriti Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Audit. Sebagai Ahli Majlis Daerah Sik, saya turut sama hadir forum ini.

Malangnya forum yang begitu bermakna dan penting ini pada perkiraan saya hanya separuh sahaja dari Ahli Majlis yang dijemput hadir ke program.. Sesuatu yang amat mendukacitakan. Kebanyakan rekod menunjukkan akan hadir tetapi pada hari sebenar hanya separuh sahaja yang hadir…Ini juga menggambarkan sikap masyarakat kita yang kadang-kadang tidak menghargai akan usaha-usaha urusetia untuk tujuan kearah penambahbaikan…Saya juga melihat bukan setakat program pada hari ini sahaja malah program-program lain juga.begitu…Sebagai penganjur sudah tentu kecewa bila dibuat sesuatu program dengan masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjakan untuk mengadakan sesuatu program tetapi pada hari sebenarnya tidak banyak mana yang hadir… Bayangkanlah kalau kita sendiri yang buat khenduri jemput ramai orang, tetapi pada hari yang berkenaan hanya segelintir sahaja yang hadir. Sikap-sikap sebeginilah yang akan membantutkan usaha-usaha kearah penambahbaikan dan kearah sebuah negara maju. Sikap-sikap tidak kisah seperti ini seharusnya tidak dibiarkan bertapak dalam diri kita kerana ianya juga nanti akan terbawa-bawa dalam dalam lain-lain sikap  kita seperti sikap terhadap kebersihan, sikap dalam memandu, sikap dalam berjiran dan sebagainya.

Asredha
Teratak Kasih
Alor Setar

Tuesday, July 27, 2010

JABATAN BERSAMA MASYARAKAT JENERI, SIK

27 Julai 2010
Jeneri, Sik

Macam-macam cara yang dibuat oleh jabatan kerajaan untuk mendekati rakyat...semuanya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan

Pentadbir Tanah Sik sedang melayan dan beramah mesra dengan pelanggan yang membayar cukai tanah dikaunter Pejabat Tanah Sik. Bagus juga buka kaunter ini. Macam mana pak cik sebelah ni terbuka hati nak bayar cukai tanah yang tertunggak lebih 5 tahun..Hampir RM1,000.00 dibayar pagi ini

juga memberi kepuasan kepada rakyat apabila
berurusan dengan jabatan kerajaan...Oleh itu tidak
timbul kata kerja jabatan kerajaan untuk menyusahkan rakyat. Secara peribadi saya seboleh mungkin akan cuba selesaikan apa-apa isu yang dibangkitkan dan tidak dapat diselesaikan sejak lama, kadang-kadang terpaksa menggunakan budibicara yang mengundang risiko kepada jabatan dan saya sendiri. Tapi apa boleh buat...kita kena buat juga kalau tidak pelanggan akan pasti lebih menghadapi masalah, dan dalam konteks pejabat tanah sudah tentu urusan urusniaga tanah tidak dapat berjalan dengan baik kalau ada halangan-halangan tertentu yang berkemungkinan disebabkan kesilapan, kecuaian, terlepas pandang dan sebagainya. Kebanyakan isu dan masalah berbangkit sekarang ini adalah isu lama yang tidak dapat diselesaikan hingga kini. Sebarang perubahan dan penyelesaian yang dibuat kenalah berpandukan kepada undang-undang dan peraturan tanah yang sedia.. Sesukar manapun masalah yang ada, ianya kena ada penyelesaiannya juga...

Atas inisiatif Tuan Pegawai Daerah Sik , Program Jabatan Bersama Masyarakat telah diadakan di Masjid Al Maarif, Mk Jeneri dan dirasmikan sendiri oleh Tuan Hj Mat Noh b Ahmad.

Kubur kenalah dicuci selalu bagi elok. Cuba tengok kubur orang Kristian di Barat..Elok dan tersusun cantik nampak kubur mereka. Kita orang Islam patut lebih elok lagi. Walaupun orang mati tidak minta kubur mereka bagi bersih tapi kita yang duduk ada atas muka bumi ini kenalah prihatin sikit. Nanti kita juga akan pergi sama ke situ.

Saya tumpang sekaki ikut gotong royong bersama penduduk tempatan mesin rumput di kubur. . Boleh tahan juga gegarannya..

Program melibatkan jabatan-jabatan turun ke padang dan membuka kaunter perkhidmatan masing-masing disitu. Antara jabatan yang mengambil bahagian ialah Pejabat Tanah Sik sendiri yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan tanah dan kutipan cukai tanah. Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah sendiri turut turun ke padang untuk sama-sama dengan masyarakat tempatan Jeneri ini. Perkhidmatan yang disediakan ini sedikit sebanyak membantu memudahkan masyarakat setempat terutama dari segi membayar cukai tanah.

Lain-lain jabatan yang mengambil bahagian ialah Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah Sik, JPJ, Jabatan Zakat, Bank, Insuran, Jab Pertanian dan lain-lain lagi.

Pada awal pagi telah diadakan program gotong royong disekitar kawasan masjid terutamanya kubur. Ramai kakitangan jabatan turut mengambil bahagian bersama orang-orang kampong disitu. Paling menarik dan



Majlis Daerah Sik dengan pameran Local Agendanya dan banyak cenderamata disediakan disitu... disamping khidmat perundangan dan penerangan aktiviti MDS.

berkesan ialah hampir 20 orang tempatan telah tampil menderma darah dan ada yang pertama kali menderma..Semoga sumbangan darah mereka ini akan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia yang memerlukan darah. Tidak kurang juga yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma..Ada yang baru sedar rupanya diri ini sudah lama ada kencing manis...Barulah kelamkabut nak pergi berubat. Ok.. itu saja laporan dari PTD Sik.