Monday, October 10, 2011

Isu Aduan Awam : Permohonan Pembahagian Harta Pusaka

10.10.2011
Kutipan: Mohd Asri Redha
Inilah kita penjawat awam... sentiasa terdedah dengan complain dan aduan ...  pakat2lah kita jaga diri dan jabatan kita... Nak 'complaint' sekarang bukan susah .. masuk dalam internet satu dunia boleh tau.....

http://www.aduanrakyat.com.my/dimana-kewibawaan-pejabat-tanah-daerah-sik


Dimana kewibawaan Pejabat Tanah Daerah Sik?


April 26th, 2011
Author: admin

Pada hari Ahad jam 10.30 pagi bersaman 24.4.2011 saya dan bapa telah berurusan dengan Pejabat Tanah Daerah Sik.Urusanya ialah untuk menyemak status permohonan tanah Pesaka kerana urusan permohonan telah dibuat pada 25.8.2009 tetapi masih belum selesai dan memakan masa selama hampir dua tahun.

Dalam tempoh tersebut setiap kali bapa atau abang ataupun saya sendiri pergi ke Pejabat Tanah untuk membuat semakan permohonan dengan membawa slip bayaran sebagai bukti urusan permohonan, kerani kaunter bahagian Pusaka hanya melihat surat tersebut dan memaklumkan ” permohonan dalam proses ” tanpa membuat semakan terlebih dahulu.Saya sertakan butiran bil tersebut seperti dibawah:

No Siri Resip Bil Pelbagai Bayaran E062959
No rujukan Fail PTS(P) 36/1375(S)
Jumlah Bayaran RM 10.00
Penerima Bayaran FARAH DIANA BT SUDIN
PT.SIK/50 BAYARAN PEJABAT TANAH 20090825ADO7008
Bertarikh 25-08-2009 09:08:42 AM

Semakan kali pertama telah dibuat selepas 5 bulan dari tarikh permohonan. Menurut kerani kaunter bahagian Pesaka semasa permohonan mula-mula dibuat dahulu memberitahu, tempoh permohonan sehingga siap diproses memakan masa sekitar 5 bulan.

Kami membuat semakan permohonan tersebut setiap sebulan sekali ataupun dua bulan sekali dan amat mengharapkan permonan cepat selesai.Tetapi amat mendukacitakan apabila jawapan yang di beri oleh petugas kaunter bahagian Pusaka adalah sama iaitu ” permohonan dalam proses” dan meminta pihak kami bersabar.

Pada 24.4.2011 kami sekali lagi membuat semakan dan alangkah terkejutnya dengan jawapan yang di beri oleh kerani kaunter bahagian Pusaka Pejabat Tanah Daerah Sik.

Menurut kerani kaunter bahagian Pesaka No Fail tidak wujud dan permohonan tidak pernah didaftarkan.Kerani tersebuut telah membuat rujukan dengan Pejabat di Alor Setar dan jawapanya tiada Fail permohonan disana.Saya telah mendesak berulang kali supaya dibuat semakan secara teliti.Jawapan yang diterima tetap sama. Kerani kaunter menyalahkan kerani terdahulu kerana tidak memproses permohonan.Saya meminta untuk berjumpa dengan CC untuk mendapatkan penjelasan, beliau juga memberi jawapan yang sama.Seterusnya saya meminta kebenaran untuk berjumpa dengan pegawai di Gred lebih tinggi untuk mendapatkan penjelasan.Malangnya semua pegawai tidak ada di pejabat dan alasanya semua pegawai menghadiri upacara di istana Sultan Kedah.

Saya ke pejabat DO berhadapan dengan Pejabat Tanah untuk mengadu masalah ini tetapi kerani di kaunter pertanyaan berkata urusan ini perlu diselesaikan di Pejabat Tanah dan tidak perlu campurtangan DO.

Semua jawapan yang diberi menunjukan sikap tidak bertanggungjawap pihak Pejabat Tanah Daerah Sik.Amat mendukacitakan kerana saya adalah anak watan Sik dan juga seorang penjawat Awam Persekutuan.

Saya ingin bertanya kepada pihak berkenaan.Permohonan tersebut bukan di proses olah seorang kerani sahaja.Mesti melalui beberapa peringkat seperti CC dan kelulusan pegawai.Soalanya dimanakan tanggungjawab mereka?

ke Dua, setiap resip bayaran bernombor siri.Fail juga di tulis mengikut no turutanTidakah pihak pengurusan sedar apabila satu transaksi tersilap dan no fail melompat dan tidak mengikut turutan?

ke Tiga, apabila kerani menerima sesuatu bayaran dia mesti tahu atas urusan apa transaksi tersebut berlaku.Dan apabila habis tugas kerani kaunter waktu petang beliau akan print out semua transaksi dan jumlah kutipan .Kerani peringkat CC akan menyemak transaksi dan mengira kutipan pada hari tersebutTidakah CC atau pegawai tidak memeriksa kesilapan ini?

Paling memalukan ialah kelemahan Pegawai peringkat atasan, tiadakah pemantauan dibuat?
Saya dimaklumkan kerani yang memproses permohonan tersebut bermasalah dan telah ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Baling.Kalau sudah tahu beliau bermasalah mengapa diletakan di kaunter barisan hadapan?

Paling mendukacitakan tanpa perasaan bersalah kerani kaunter menghulurkan borang permohonan dan meminta supaya membuat membuat permohonan baru.

Pengalaman ini membuat kami sekeluarga hilang kepercayan kepada ketelusan pihak Pejabat Tanah dan tidak mudah untuk kami menerima ungkapan “Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan”.

Sekian.

By: Zulkifli Bin Hussin






Monday, June 13, 2011

Lagi-Lagi Kuari,,,, lagi lagi kuari .....

13.06.2011
Catatan : Mtup Mohd Asri Redga

Walaupun dah tinggal Pejabat Tanah Sik .. tapi apa-apa yang berlaku kat daerah itu tetap mendapat perhatian saya.. Sebab itu saya tidak tutup blog ini... Ini keratan berkenaan Pejabat Tanah Sik...-

isu
Mana2 tempat isu kuari adalah sama ajee...

Thursday, March 31, 2011

Apa Dah Jadi Niiiiiii...

31.03.2011
Catatan  : Mohd Asri Redha

Kcemerlangan yang kita buat selama ini hancur lebur dek kerana sekeping surat aduan kepada Utusan Malaysia ini... itulah cabaran...pakat-pakat fikirlah..  saya percaya ada kebenarannya juga yang tidak  boleh nafikan..  Marilah kita perbetulkan sama-sama agar kecemerlangan kembali menyerlah..


beda sangat dgn apa yang orang komen dalam blog saya tahun lepas...... kita mahu komen seperti dibawah ini... baru ada semangat sikit...  tak gitu sahabat-sahabat ku sekalian..

 1 comments:


saadnordin said...
 
baru minggu lepas kali pertama saya ke pejabat tanah sik. layanan memang first class. walaupun ketika itu lunch time, orang pulak sibuk dengan jamuan hari raya, tetapi ada 2-3 orang bertungkus lumus dapatkan maklumat yang saya nak. memang saya kagum gila dengan staff pejabat tanah sik.

Friday, January 21, 2011

KELUARGA BARU KU DI PEJABAT TANAH KUALA MUDA

Hari ke 3 saya berada di Pejabat Tanah Kuala Muda...
baru mula untuk menyesuaikan diri dengan suasana sekeliling.....

Sebahagian ahli keluarga Pejabat Tanah Kuala Muda yang hadir dalam perjumpaan sulung dengan saya pada 20.01.2011..Ramai juga ahlinya lebih kurang 92 orang. Tentunya ambil masa untuk mengenali setiap seorangnya dan mengenali hati budi masing-masing....dan tentu nya mengambil masa juga tu... ya lah nanti kalau tidak kenal apa pula kata anak buah.....sampai anak buah sendiri pun tidak kenal....lebih-lebih lagi kalau terjumpa kat mana-mana... malu juga tu... harap-harap janganlah anak buah fikir yang bukan-bukan kepada diri saya ni....kadang-kadang muka boleh ingat tapi nama pula tidak ingat.....biasalah tu.. kita manusia.. memang sifat pelupa tu memang ada..lebih-lebih lagi bila umur makin meningkat..



Hari-hari pertama di PTKM
berlagaklah sikit..berlagak ber
gambar ajelah..yg lain taaak..
semua berita dan pandangan selepas ini saya telah masukkan dalam blog baru saya di
http://www.semangatjatiptkm.blogspot.com/
Tajuk Blog: Semangat Jati PTKM

Sunday, January 9, 2011

SELAMAT TINGGAL.

13 Januari 2010 ..adalah hari2 terakhir saya di Pejabat Tanah Sik..Terlalu banyak kenangan saya disini walaupun hanya 2 tahun 1 bulan 15 hari bertugas di situ. Rasanya agak singkat penghijrahan saya ke PTS ini...2 tahun bukan jangkamasa yang cukup lama untuk melakukan sesuatu perubahan.....namun apakan daya ku yang lemah ini..tidak ada daya upaya untuk menahan takdir....terima sahajalah walaupun saya sedar..saya akan berhadapan dengan bala yang makin besar dan gawat. Pertukaran saya tidak melibatkan apa-apa kenaikan pangkatpun.. hanya sekadar bertukar pejabat aje...malahan beban tugas tentunya lebih banyak di Kuala Muda.

Pada masa yang sama mungkin perkhabaran pertukaran saya ini menggembirakan sebahagian orang yang mungkin tidak menyenangi diri saya yang ..... Namun saya tidak pasti apakah masih ada yang terasa akan kehilangan saya di sini.....   Terlalu banyak yang saya hendak buat di PTS ini...tapi kekuatan saya adalah terhad....tidak termampu untuk melaksanakan segalanya dalam masa yang terhad.. Ini yang membuat saya terkilan sangat .

Blog berita PTS yang saya buat khusus untuk PTS ini akan terisi berita terakhir dengan luahan rasa yang sukar digambarkan...Walaupun tidak banyak yang baca berita-berita dan cerita dalam blog ini, sekurang-kurangnya saya telah merakamkan segala aktiviti di Pejabat Tanah Sik dan juga melahirkan pendapat dan pandangan-pandangan saya terhadap sesuatu berkenaan pentadbiran sumber manusia, kewangan, penguatkuasaan, undang-undang dan pemantauan projek di PTS ini. Kebanyakan staf PTS lebih suka melayari facebook dari melayari blog dan web-web yang ada. Betul tak?

Rasanya amat jarang  blog dibina oleh seorang semata-mata berkaitan dengan kerja harian kerana ianya memerlukan masa yang agak panjang dan kena fikir selalu nak tulis apa...otak nak bagi berjalan dan sentiasa digunakan selalu barulah ianya menjadi biasa. Bukan mudah nak tulis blog kerana masa saya adalah terhad..tapi saya paksakan diri juga untuk menulis kreatif  menunjukkan kalau kita mahu kita boleh buat dengan segera..Pada saya tidak ada perkataan tidak sempat, tidak dan, kerja banyak dan sebagainya..Kerja tidak boleh bertangguh.


Menerima cenderamata dari Datuk Hj Ismail
b. Said. Pegawai Daerah Sik di Majlis Jamuan
Perpisahan saya pada 13.01.2011
 Sebab itu dengan pegangan itu jugalah maka Pejabat Tanah Sik telah berjaya melaksanakan proses pindah milik tanah dalam masa kurang 2 jam atau dalam tempoh tidak melebihi  1 hari. Satu pencapaian yang amat memuaskan hinggakan mendapat surat penghargaan dari Ketua Setiausaha Kem. Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kemuncak kepada proses inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah  tempoh 20 bulan saya memimpin PTS maka Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah memberi Anugerah Kualiti dan Inovasi Pejabat SUK pada akhir tahun 2010 kaegori Pejabat Tanah Dan Daerah. dan mendapat hadiah RM20,000.00. Dengan wang sebanyak itu dapatlah juga kakitangan semua sebuah jam tangan dan sehelai  baju korporat yang ditempah khusus.


Beberapa isu-isu besar, belum lagi saya dapat selesaikan sepenuhnya . Antaranya ialah isu pengeluaran surat hakmilik untuk peneroka felda, pemberian hakmilik beberapa projek Felcra, pemberian hakmilik penempatan Beris Jaya di Batu 5 Sik, isu-isu tanah RC yang telah dipenuhi dengan penduduk, isu pertindihan hakmilik atas lot tanah yang sama, isu-isu tanah KEdA yang masih belum mempunyai hakmilik, isu penyediaan surat hakmilik kekal, tunggakan bayaran premium tanah, tunggakana cukai tanah dan sebagainya, isu kekurangan kakitangan tetap yang amat ketara dan sebagainya.

Insya ALLAH mungkin dengan kehadiran Tuan PTD baru nanti perkara yang menjadi isu akan dicuba selesaikan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan. Kita juga sedang dalam proses melaksanakan Program 5 S dan 'Star Rating' dan Penilaian Laman Web terbaik. Ini juga cabaran yang tidak sempat saya tunjukkan kehebatan Pejabat Tanah Sik yang saya rasa boleh dilaksanakan pada tahun ini.


Semua pakat dapat sebuah jam tangan berjenama dengan
baju korporat lagi, hasil usaha bersungguh-sungguh meni-
ngkatkan lagi kualiti dan perkhidmatan kepada rakyat.
 Berilah kerjasama sepenuhnya kepada Tuan PTD baru nanti dan pada anak-anak buah..janganlah tunggu arahan dari pegawai atasan baru hendak buat...Kita tahu apa yang hendak buat, dan apa patut buat maka kita perlu bertindak proaktif untuk membantu kecemerlangan jabatan kita...barulah kita seronok buat kerja..walaupun kadang-kadang bos buat tidak kisahpun kat kita...yang penting pelanggan kita berpuashati dengan khidmat kita...

Walaupun kita berpisah , saya tetap masih mahu bersahabat dengan saudara-saudari semua...segala tegoran-tegoran dan kadang memo2  'ganas' saya bukanlah untuk menganianya sesiapa. Saya hanya menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan..sesiapa yang saya rasa tergelincir sedikit dari landasan maka terpaksa lah ditegur dan dikembalikan kelandasan yang sebenar..tidak gitu sahabat-sahabat ku sekalian...saya juga ada ketua...ketua bisa tegor saya kalau saya buat apa-apa yang melanggari peraturan yang ditetapkan.


sapa terima hadiah ni...!
 Saya sedari  ada juga kakitangan yang sudah mula serasi dengan cara saya..nampak serius dan 'cenge'  tapi saya mudah didekati tanpa ada apa-apa sekatan dari segi status. sama-sama cuba membantu untuk menyelesaikan masalah dan perlu mengambil tahu segala-galanya dan memudahkan anak-anak buah mengambil tindakan tanpa masalah...orang yang buat kerja seperti biasa dan mematuhi peraturan tentunya tidak akan ada apa-apa masalah ..jadi tak ada apa-apalah.. apa yang perlu dirisaukan...tak gitu..ada yang begitu mesra dengan saya dan sentiasa berbincang, bertanya khabar, sentiasa berinteraksi untuk menyelesaikan apa-apa masalah mungkin akan terasa ketiadaan saya..tapi percayalah hubungan kita tidak terputus.....banyak cara boleh berhubung dan bertanya khabar...Kalau tidak berjumpa dialam nyata..dialam mayapun jadilah..tak gitu..


Majlis penyerahan tugas secara rasmi sebagai Pentadbir
Tanah Daerah Sik oleh  saya kpd  En Mohd Fauzi Ahmad
telah disempurnakan pada 17.01.2011 di Pejabat Tanah Sik.
Maka berakhirlah bebanan yang ditanggung di PTS dan
bermulalah pula bebanan di Pejabat Tanah Kuala Muda
 Memang tabiat saya.. saya memang tidak boleh tengok staf dok saja, membuang masa tidak tentu hala sedangkan kerja banyak, melanggari peraturan pejabat, hisap rokok dalam opis, tidak jaga kebersihan tempat kerja, layan pelanggan lebih kurang aje, sibuk layari facebook waktu kerja..buat kerja tidak teliti, buat kerja halal balai aje, berkira dengan kawan-kawan sepejabat, berat tulang dan sebagainya...Nak buat lagu mana dah perangai macam tu...so saya minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang pernah ditegor, diberi memo dan ada yang diminta tukar serta ada yang terpaksa dibawa kepada Lembaga Tata Tertib Jabatan di Pejabat SUK.  Semua yang saya buat ini adalah untuk kebaikan jabatan....Kalau tidak dibuat begitu maka jadilah seperti mana yang berlaku sebelum ini...yang kita sendiri sedia maklum. Situasi yang sama jugalah yang saya rasa akan saya hadapi di Pejabat Tanah Kuala Muda yang akan saya mula 'start' kerja 16 Januari 2011. Insya Allah berbekalkan sokongan semua pihak dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui akan dapat mengatasi masalah-masalah yang berlaku.... Insya Allah


ada lagi ni yang tak ada dalam gambar...
 Orang lain  saya tidak tahulah, tapi saya amat suka tengok orang rajin bekerja, ringan tulang sedia membantu sesiapa saja, mematuhi arahan pejabat seperti menggunakna kad perakam waktu, kalau diarah guna buku keluar masuk  dia guna, mementingkan kebersihan tempat kerja, prihatin dengan kawan2 yang kerja banyak dan hulur tangan untuk membantu, bila saya minta bantuan secara sukarela ada orang yang sudi, tidak melepak kat kantin lama2, tidak dok mengata kat orang,  proaktif dalam tugas tanpa tunggu arahan selalu dari ketua, sentiasa berusaha membuat penambahbaikan, kreatif dalam kerja, sentiasa mengikuti program-program yang dianjur dan diarah oleh jabatan, rajin bertanya jika tidak tahu, tidak menangguh kerja dan lain-lain lagi perkara positif dalam kehidupan seharian...so kalau ada sifat-sifat ini maka mereka ini akan bahagialah dunia dan akhirat...sesiapapun senang sekali bersahabat dengan mereka..


Selamat Tinggal........