Tuesday, June 29, 2010

LAWATAN 5S DI KuALa TeRenGGaNu

29 Jun 2010
Kuala Terenganu.

Sekitar lawatan rasmi kakitangan Pentadbiran Tanah Negeri Kedah ke Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian NEgeri Terengganu dan Pejabat Tanah Kuala Terengganu....


Gambar menjelaskan segalanya..itulah yang sebenarnya kita perlu buat....


Susunan failnya dan rekod pekelilingnya begitu tersusun


Fail disusun secara menegak dan diletakkan dalam kotak khas yang direka sendiri oleh kakitangan
Aktiviti 5S di paparkan diruang papan maklumat jabatan




meja kakitanganpun ada konsep 5 S..kemas dengan tidak ada fail-fail dan kertas berserakan dan bertimbun.


Wednesday, June 16, 2010

MAHKAMAH KEADILAN : DiLeMaKu DLm MeMbuaT KepUtUsAn, Budi BicArA AtAu UndAnG2, aNtArA KeCuAiaN daN KeSuNgGuHaN

15 Jun 2010
Mahkamah Tinggi AS

Kelmarin dan hari  ini saya diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar. Kesnya saya dikehendaki menjadi saksi dalam kes penipuan pindahmilik tanah dimana pihak penjual atau tuan tanah telah menyatakan beliau ditipu dalam transaksi tersebut.....Malangnya kes ini melibatkan semasa saya bertugas di Pejabat Tanah Kubang Pasu,,iaitu lebih kurang 19 tahun yang lalu...Pasti saya tidak ingat lagi kes pindahmilik tersebut memandangkan jarak masa yang begitu lama...Namun saya terpaksalah jawab apa-apa soalan yang ditanya kerana pada waktu itu saya yang menjadi saksi diatas urusniaga tersebut. ...Itulah salah satu cabaran-cabaran besar dalam pekerjaan kita seharian...

Dalam beribu-ribu urusan tanah yang dikendalikan pasti akhirnya akan ada kes-kes yang dibawa ke mahkamah apabila timbulnya perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara atau urusniaga. Bila ada kes-kes seperti ini barulah kita tahu banyak benda yang kita buat selama ini hanya ikut apa yang orang terdahulu buat tanpa belajar dan mengkaji akan panduan-panduan dan undang-undang yang ada. Bila disoal dalam kandang saksi barulah tergagap-tergagap dan was-was dalam menjawab soalan yang ditanya. Apatah lagi jawapan popular yang dikehendaki jawab dalam setiap soalan kebanyakannya setuju atau tidak setuju, betul atau tidak betul, ya atau tidak, pasti atau tidak pasti dan bentok-bentok jawapan seperti itu. Depa bukan bagi kita cakap lebih untuk nak terang lebih lanjut....jawapan-jawapan seperti itu boleh memerangkap kita....hai...nasiblah  saya hari ini. tapi kira oklah juga sebab isu utama hanya untuk mengesahkan tandatangan tuan tanah aje..soalan-soalan lain hanya sampingan saja.  Kalau tanya lebih lanjut lagi terutama berkenaan prosedur di pejabat tanah lama dulu tentu banyak lagi isu-isu akan berbangkit. Sebab saya rasa ada juga sedikit sebanyak kelemahan-kelemahan diri terutama dalam membuat tafsiran undang-undang tanah yang ada..apatah lagi waktu itu saya masih baru dalam pentadbiran tanah..dan memang tidak ada sesiapa yang 'guide' kita. Itupun nasib baik juga saya pergi kursus asas tanah sewaktu baru masuk KCS .. tahu juga sedikit sebanyak akan apa yang kena buat dan apa yang tidak boleh buat..

Sepanjang kerjaya saya ini adalah kali ke 6 saya menghadiri kes di Mahkamah dimana semuanya kes yang berkaitan kes urusan tanah, kes pengambilan tanah, kes BPR dan kes Pihak Berkuasa Tempatan..Tau-tau sahajalah bila duduk dikandang saksi..soalan-soalan yang ditanya boleh tahan juga.....jenuh dok jawab..silap-silap jawab boleh bercanggah pula.....lebih malangnya saksi pun boleh dipenjarakan dengan kerana memberi maklumat palsu sedangkan bukan niat untuk memberi maklumat palsu tetapi faktor masa dan daya ingatan yang kurang akhirnya kita boleh terperangkap dan memberi butiran maklumat yang tidak tepat , nampak seolah-olah ada niat untuk menipu atau bersubahat  dan sebagainya.

Itulah sebabnya dalam kes-kes yang melibatkan undang-undang saya kadang-kadang dalam keadaan dilema...antara kasihan belas kepada pelanggan terutama orang kampong yang dhaif dan kurang ilmu serta pengetahuan atau tegas dengan keputusan berdasarkan undang-undang dan peraturan... Disinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin dan budibicara yang digunakan kadang-kadang memberi risiko yang boleh memberi kesan negatif kepada seorang pembuat keputusan jika timbul kes-kes mahkamah akibat budibicara yang digunakan.. Memang mudah untuk membuat keputusan dengan undang-undang yang ada. Kalau undang-undang kata tidak boleh maka tidak bolehlah jawabnya. Mudah kan..Walaupun begitu sebagai seorang ketua atau pemimpin, budibicara pasti digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu..pandai-pandailah membuat keputusan menggunakan akal dan kemahiran yang ada serta pengalaman yang ditempuhi..Kalau tidak berani menggunakan budibicara bukanlah seorang pemimpin namanya dan tidak layak sebagai seorang pemimpin.

Soal budibicara kita tinggalkan dulu dan apa yang saya nak sambung ulasan lagi ialah sistem rekod maklumat, fail, surat hak milik, dokumen urusniaga dan bukan urusniaga yang dibuat dll hendaklah didokumentasikan dan direkodkan serta disimpan dengan lebih sistematik dipejabat tanah.. Saya datang mengemudi Pejabat Tanah Sik dalam suasana yang agak kurang memberangsangkan dari segi pembahagian tugas, sistem fail, masalah disiplin dan sebagainya. Walau apapun masalah yang ada kat jabatan aspek peraturan dan prosedur dalam urusan tanah jangan dibuat mudah. Ini kena jaga betul-betul. Kena ikut langkah demi langkah yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau tidak jadilah seperti saya yang terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi untuk memberi penjelasan berkenaan kes-kes tanah yang dibawa. Kalau prosedur betul dan dokumen ada dan lengkap di ofis, tak apalah juga. Ini kita pergi ke Mahkamah tetapi tidak dapat tunjukkan dokumen-dokumen yang dikehendaki (yang sepatutnya ada) atas sebab hilang, tidak dapat dikesan dan sebagainya.. Tebal muka jadinya nak bagi tahu perkara begitu.

Inilah yang selalu saya ingatkan kepada anak buah. saya di Pejabat Tanah Sik. Sebarang kelemahan diperingkat pentadbiran tanah akan memberi implikasi yang buruk kepada pegawai, jabatan dan kerajaan negeri seluruhnya.. Kena betul-betul beri perhatian dan jangan buat mudah akan segala hal yang berkaitan dengan urusan tanah. Kerana ia berkait dengan undang-undang. Kecuaian kita akan menyebabkan kerajaan boleh disaman dan dituntut bayar ganti rugi yang bukan sedikit. Sudah banyak kes yang kita jumpa melibatkan tuntutan gantirugi oleh individu/ syarikat  terhadap kerajaan negeri...

Secara kebetulan semasa kes saya didengar di Bilik Mahkamah Tinggi 1 ada satu lagi kes yang berjalan bersilihganti dengan kes saya sebagai saksi. Ianya berkaitan tanah yang berlaku di Pejabat Tanah Kuala Muda. Kesnya ialah berkaitan Kaveat Persendirian. Kes ini sebenarnya kalau diikut langkah demi langkah mengikut undang-undang tidak akan menimbulkan apa-apa masalah kepada jabatan.Tetapi disebabkan oleh kecuaian sesetengah kakitangan dengan melambat-lambatkan pendaftaran segala jenis urusan di pejabat tanah, tidak teliti, dan tidak ambil berat, tidak berdisplin dan tidak memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku maka maka itulah jadinya. Penasihat Undang sebagai mewakili Pejabat Tanah terpaksa bekerja keras untuk melawan balik segala tuntutan pihak pemohon. Lebih hebat lagi kes ini dipohon buat agar dipenjarakan Pentadbir Tanah Kuala Muda kerana kes yang berkaitan kaveat persendirian dan hukuman mahkamah yang tidak perhati dan diperhalusi betul-betul.  Pegawai lama yang berurusan tetapi yang hadir jadi saksi pegawai semasa  untuk menjawab kes-kes yang bukan kawalannya sebab kes lama...Jadi nak jawabpun patut padanlah sebab bukan ia yang urus waktu itu. Ada juga kelemahan-kelemahan dan kecuaian diperingkat Pejabat Tanah. 'Jenoh' Penasihat Undang-Undang Negeri cari cara untuk membela dan menjawab saman oleh yang berkepentingan....Apakah PTD akan dipenjara jika kalah kes ini..sama-samalah kita tunggu dan dengar berita ini.. Kes belum selesai lagi.

Jadi kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian yang bertugas di Pejabat Tanah... marilah kita pakat-pakat tengok betul-betul sementara masih belum berlaku pada kita hari ini.....tak tahu tanya, tak reti belajar, kurang ilmu cari ilmu dan sebagainya. Jangan pakai 'rodong' ikut rasa hati aje..Jangan dok berlagak kita tahu semua.. tu yang jadi bermacam-macam masalah yang mula timbul satu demi satu......buat apapun kita kena fikir akan implikasi yang mungkin berlaku.....kes-kes tanah tidak boleh disapu simpan bawah 'carpet' . Lambat laun ia akan terbongkar juga.

Sebenarnya kerja di Pejabat Tanah memang seronok dan mencabar sekiranya semua orang yang terlibat benar-benar mahu bekerja dan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh mengikut aturan dan peraturan. Segera mengambil tindakan dan tidak bertangguh-tangguh kerja. Bertangguh-tangguh kerja inilah yang menyebabkan  banyak kerja tertunggak, dan akhirnya rasa tak sempat,  rasa kerja banyak, rasa tidak cukup kakitangan, rasa dibebankan dan macam-macam persepsi negatif kakitangan bila usaha-usaha menyelesaikan tunggakan kerja yang ada....Bila bertangguh-tangguh maka itulah jadinya fail hilang, dokumen diserah tidak didaftarkan, dokumen hilang, gagal rekod dalam surat hakmilik  dan sebagainya..

Do It Now `~`One secret of getting things done is ' never put off until later what you can do now."
The Error-Free Way : Lots of little errors can be just as costly as one big one. The best way to avoid both is by doing things right the first time