13 Januari 2010 ..adalah hari2 terakhir saya di Pejabat Tanah Sik..Terlalu banyak kenangan saya disini walaupun hanya 2 tahun 1 bulan 15 hari bertugas di situ. Rasanya agak singkat penghijrahan saya ke PTS ini...2 tahun bukan jangkamasa yang cukup lama untuk melakukan sesuatu perubahan.....namun apakan daya ku yang lemah ini..tidak ada daya upaya untuk menahan takdir....terima sahajalah walaupun saya sedar..saya akan berhadapan dengan bala yang makin besar dan gawat. Pertukaran saya tidak melibatkan apa-apa kenaikan pangkatpun.. hanya sekadar bertukar pejabat aje...malahan beban tugas tentunya lebih banyak di Kuala Muda.
Pada masa yang sama mungkin perkhabaran pertukaran saya ini menggembirakan sebahagian orang yang mungkin tidak menyenangi diri saya yang ..... Namun saya tidak pasti apakah masih ada yang terasa akan kehilangan saya di sini..... Terlalu banyak yang saya hendak buat di PTS ini...tapi kekuatan saya adalah terhad....tidak termampu untuk melaksanakan segalanya dalam masa yang terhad.. Ini yang membuat saya terkilan sangat .
Blog berita PTS yang saya buat khusus untuk PTS ini akan terisi berita terakhir dengan luahan rasa yang sukar digambarkan...Walaupun tidak banyak yang baca berita-berita dan cerita dalam blog ini, sekurang-kurangnya saya telah merakamkan segala aktiviti di Pejabat Tanah Sik dan juga melahirkan pendapat dan pandangan-pandangan saya terhadap sesuatu berkenaan pentadbiran sumber manusia, kewangan, penguatkuasaan, undang-undang dan pemantauan projek di PTS ini. Kebanyakan staf PTS lebih suka melayari facebook dari melayari blog dan web-web yang ada. Betul tak?
Rasanya amat jarang blog dibina oleh seorang semata-mata berkaitan dengan kerja harian kerana ianya memerlukan masa yang agak panjang dan kena fikir selalu nak tulis apa...otak nak bagi berjalan dan sentiasa digunakan selalu barulah ianya menjadi biasa. Bukan mudah nak tulis blog kerana masa saya adalah terhad..tapi saya paksakan diri juga untuk menulis kreatif menunjukkan kalau kita mahu kita boleh buat dengan segera..Pada saya tidak ada perkataan tidak sempat, tidak dan, kerja banyak dan sebagainya..Kerja tidak boleh bertangguh.
Menerima cenderamata dari Datuk Hj Ismail
b. Said. Pegawai Daerah Sik di Majlis Jamuan
Perpisahan saya pada 13.01.2011
|
Beberapa isu-isu besar, belum lagi saya dapat selesaikan sepenuhnya . Antaranya ialah isu pengeluaran surat hakmilik untuk peneroka felda, pemberian hakmilik beberapa projek Felcra, pemberian hakmilik penempatan Beris Jaya di Batu 5 Sik, isu-isu tanah RC yang telah dipenuhi dengan penduduk, isu pertindihan hakmilik atas lot tanah yang sama, isu-isu tanah KEdA yang masih belum mempunyai hakmilik, isu penyediaan surat hakmilik kekal, tunggakan bayaran premium tanah, tunggakana cukai tanah dan sebagainya, isu kekurangan kakitangan tetap yang amat ketara dan sebagainya.
Insya ALLAH mungkin dengan kehadiran Tuan PTD baru nanti perkara yang menjadi isu akan dicuba selesaikan dan berharap ianya akan menjadi kenyataan. Kita juga sedang dalam proses melaksanakan Program 5 S dan 'Star Rating' dan Penilaian Laman Web terbaik. Ini juga cabaran yang tidak sempat saya tunjukkan kehebatan Pejabat Tanah Sik yang saya rasa boleh dilaksanakan pada tahun ini.
Semua pakat dapat sebuah jam tangan berjenama dengan
baju korporat lagi, hasil usaha bersungguh-sungguh meni-
ngkatkan lagi kualiti dan perkhidmatan kepada rakyat.
|
Walaupun kita berpisah , saya tetap masih mahu bersahabat dengan saudara-saudari semua...segala tegoran-tegoran dan kadang memo2 'ganas' saya bukanlah untuk menganianya sesiapa. Saya hanya menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan..sesiapa yang saya rasa tergelincir sedikit dari landasan maka terpaksa lah ditegur dan dikembalikan kelandasan yang sebenar..tidak gitu sahabat-sahabat ku sekalian...saya juga ada ketua...ketua bisa tegor saya kalau saya buat apa-apa yang melanggari peraturan yang ditetapkan.
sapa terima hadiah ni...! |
Memang tabiat saya.. saya memang tidak boleh tengok staf dok saja, membuang masa tidak tentu hala sedangkan kerja banyak, melanggari peraturan pejabat, hisap rokok dalam opis, tidak jaga kebersihan tempat kerja, layan pelanggan lebih kurang aje, sibuk layari facebook waktu kerja..buat kerja tidak teliti, buat kerja halal balai aje, berkira dengan kawan-kawan sepejabat, berat tulang dan sebagainya...Nak buat lagu mana dah perangai macam tu...so saya minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang pernah ditegor, diberi memo dan ada yang diminta tukar serta ada yang terpaksa dibawa kepada Lembaga Tata Tertib Jabatan di Pejabat SUK. Semua yang saya buat ini adalah untuk kebaikan jabatan....Kalau tidak dibuat begitu maka jadilah seperti mana yang berlaku sebelum ini...yang kita sendiri sedia maklum. Situasi yang sama jugalah yang saya rasa akan saya hadapi di Pejabat Tanah Kuala Muda yang akan saya mula 'start' kerja 16 Januari 2011. Insya Allah berbekalkan sokongan semua pihak dan juga pengalaman-pengalaman yang pernah saya lalui akan dapat mengatasi masalah-masalah yang berlaku.... Insya Allah
ada lagi ni yang tak ada dalam gambar... |
No comments:
Post a Comment