Sunday, December 5, 2010

PENYAMPAIAN NOTIS 5A

Pemohon yang berjaya diberi taklimat dahulu secara terperinci
sebelum diserahkan notis  5A. Ini penting bagi memastikan
bayaran diselesaikan segera mengikut masa dan panduan
beberapa perkara yang perlu dipatuhi sebelum
tanah yang dipohon menjadi milik mereka.
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya akhirnya tanah yang mereka usahakan selama ini telahpun diluluskan kepada mereka. Cumanya belum lagi menjadi hakmilik mereka lagi kerana..notis 5A merupakan pemakluman kepada pemohon agar datang ke Pejabat Tanah Sik untuk membayar segala bayaran-bayaran termasuk premium tanah yang telah dikenakan. Pemohon diberi tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan notis 5A untuk menyelesaikan bayaran-bayaran yang ditetapkan. Jika gagal diselesaikan dalam tempoh tersebut maka denda akan dikenakan. Kalau gagal juga menyelesaikan sepenuhnya bayaran premium yang dikenakan maka, notis 5A itu akan terbatal dan pemohon terpaksa memohon semula dengan dikenakan denda lagi....Kalau tidak maka tanah yang diusahakan oleh mereka boleh ditawarkan kepada mana-mana rakyat  negeri Kedah yang berkelayakan.

Surat hakmilik Sementara akan dikeluarkan apabila segala bayaran yang ditetapkan dalam notis 5A diselesaikan oleh pemohon. Bila sudah ada geran barulah tanah tersebut benar-benar menjadi hakmilik kepada tuan tanah dan boleh diurusniagakan seperti digadai, dipajak dan sebagainya..Walau bagaimanapun pindahmilik tidak dibenarkan dalam tempoh 10 tahun hakmilik dikeluarkan...

 Mohd Asri Redha, Pentadbir Tanah Daerah Sik sedang
menyampaikan notis 5 A kepada salah seorang pemohon
yang berjaya.
Majlis penyerahan notis 5A telah diadakan pada 06 Disember 2010 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik. .....Lebih 90 pemohon yang berjaya telah diserahkan notis. Amanat penting  PTD Sik... 'gunakanlah sepenuhnya anugerah Allah SWT ini untuk bercucuk tanam atau menternak binatang...jangan hanya sekadar dijadikan aset yang digunakan untuk keuntungan jangka pendek dan jadi bahan spekulasi harta semata-mata'...bersyukurlah dengan anugerah ini..

No comments:

Post a Comment