Monday, November 1, 2010

SATU HARI BOLEH SIAP KA ? APA KATA KITA BUAT 2 JAM BOLEH SIAP..

04 November 2010
Pejabat KPTG
Putrajaya

Hari ini saya bersama dengan semua PTD Negeri dan Kedah dan diketuai oleh Dato' Hj Mohd Nor Rofie Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah membuat kunjungan hormat menemui Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan iaitu Ybhg Dato'  Azemi bin Kassim.

Kunjungan seperti ini sepatutnya diadakan selalu agar ada perhubungan yang erat antara Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri. Bila kerjasama erat terjalin antara pegawai JKPTG dan PTG Kedah maka mudahlah dilaksanakan apa-apa program yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dan yang penting rakyat dapat manfaatnya. Saya terharu dengan layanan pihak KPTG terhadap rombongan dari Kedah ini. Walaupun jelas diketahui bahawa Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi layanan tetap diberikan sama rata, walaupun difahamkan dalam beberapa jawatankuasa tanah yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia, PTG Kedah tidak dijemput. Namun PTG tidak seharusnya menjadikan ini sebagai halangan untuk  terus berurusan dengan pihak JKPTG. Banyak isu dan cadangan dikemukakan dalam pertemuan mesra ini dan pihak JKPTG memberi maklumbalas yang agak positif dalam beberapa perkara yang dibangkitkan.  Apa yang penting dalam mendapatkan apa yang diperlukan, Pentadbiran Tanah Kedah perlu buktikan kemampuan melaksanakan apa-apa program yang dilaksanakan oleh JKPTG seperti pelaksanaan Proses Pindah Milik Tanah Dalam Masa 1 hari.

Di akhir perbincangan dan pertemuan, pihak JKPTG telah menyampaikan Sijil Anugerah Khas kepada beberapa Pejabat Tanah Kedah yang telah berjaya melaksanakan Proses Pindah Milik Tanah Dalam Masa 1 Hari. Pejabat Tanah Sik adalah antara Pejabat yang sentiasa kehadapan dalam menjayakan program ini. Malahan kejayaan ini bukan setakat 1 hari tetapi dapat disiapkan dalam tempoh kurang 2 jam sejak 4 bulan berturut-turut.. Kejayaan ini sebenarnya memberi implikasi yang amat baik kepada jabatan dan kakitangan Pejabat Tanah Sik kerana dengan kejayaan ini juga telah merupakan salah satu aspek yang dinilai oleh Kerajaan Negeri Kedah hingga Pejabat Tanah Sik di Anugerah Khas Inovasi dan Kecemerlangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diterima baru-baru ini. Duit pun dapat RM20,000.00. Banyak tu...Inilah janji Pejabat Tanah Sik sejak program ini dilancarkan pada setahun yang lalu sepertimana rencana saya dibawah yang akhirnya terbukti berhasil dengan komitmen semua kakitangan.


Saya sedang menerima Sijil Penghargaan Kejayaan Melaksanakan Urusan Pindah Milik Tanah Dalam Tempoh 1 Hari , 5 bulan berturut-turut dari Ybhg Dato' Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Malaysia, di JKPTG, Putrajaya pada 4 November 2010. 

Namun kejayaan beberapa Pejabat Tanah Kedah mencapai 100% pelaksanaan pindah milik tanah dalam masa 1 hari tidak melonjakkan kedudukan peringkat nasional, dimana Pentadbiran Tanah Kedah duduk ditempat ke 8. Kalau semua Pejabat Tanah dapat melaksanakan program ini 100 peratus, mungkin kedudukan akan lebih baik lagi.

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

20 November 2009
Hotel A Famosa Resort,
Melaka

Kerajaan berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan dalam memberi kesenangan kepada rakyat dan mempermudahkan rakyat membuat sebarang urusan dengan kerajaan. Sesuai dengan moto kerajaan yang memberikan keutamaan kepada RakYaT.

Pentadbiran Tanah tidak terlepas dari menerima tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Atas hasrat tersebut saya berusaha hadir juga dalam Konvensyen Pentadbir Tanah Seluruh Malaysia yang diadakan di Hotel A Famosa Resort, Melaka bermula dari 22 November hingga 25 November 2009. Konvensyen ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Fokus utama konvensyen ini ialah membuat rumusan bagaimana untuk melaksanakan 'kaunter ekspress' segala urusan yang berkaitan dengan urusniaga dan bukan urusniaga tanah dimana bengkel telah membuat 'kenyataan bersama' untuk melaksanakan urusan pendaftaran dan pengembalian dokumen dapat diselesaikan pada hari yang sama. Dalam beberapa transaksi tertentu seperti pindah milik tanah, gadaian tanah, melepas gadaian tanah dan sebagainya boleh dilaksanakan dengan segera dan ada setengah-setengah pejabat tanah telah membuktikan hanya mengambil masa kurang dari satu jam jika dokumen lengkap dikemukakan.

Pentadbir Tanah Sik, PTD Bandar Baru dan PTD Langkawi sedang mendengar taklimat bengkel...

Pelaksanaan 'kaunter ekspress' seperti ini memerlukan transformasi dalam pentadbiran tanah terutama dalam memastikan semua kakitangan terlibat memahami sepenuhnya hasrat kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat. Sikap dan cara bekerja perlu berubah.

Dalam hal ini saya juga akan cuba melaksanakan kehendak kerajaan dan memastikan setiap urusniaga tanah dapat diselesaikan pada hari yang sama. Semuanya ini sebenarnya terletak kepada keikhlasan setiap kakitangan untuk bertindak sebaik mungkin seperti mana yang diarahkan. Benda baik orang arah , laksanakan sahajalah sekadar yang termampu, Hendak SeribU DayA, Tidak HendaK SeriBu DaliH..... alasan tidak cukup kakitangan, tidak cukup masa dan banyak kerja adalah alasan murahan yang selalu dibangkitkan bila saja sesuatu perubahan kearah lebih baik diajukan.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berita Terkini:     Pada 31 Mei 2010..Jabatan ini telah menerima surat penghargaan dan tahniah dari Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar atas kejayaan melaksanakan pendaftaran pindahmilik tanah siap 100% dalam masa satu hari bermula 1 - 15 Mei 2010. Surat penghargaan ini menjadi satu semangat kepada kakitangan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan cekap lagi...Sebenarnya saya tidak buat apa perubahan pun lagipun pindah milik tidak banyak.. cuma arahan buat bagi  cepat sahaja dan buat pemantauan berterusan...Tidak sangka pula sampai KSU sendiri hantar surat penghargaan. Ini sudah serious nampaknya...Tidak boleh buat main-main lagi ni. Peranan dan kesungguhan Ketua Unit dan kakitangan yang sebenarnya menyumbangkan boleh siap  pindahmilik 100% dalam tempoh kurang 1 hari.


Sekurang-kurangnya PTS adalah sedikit sumbangan kepada Pencapaian kedudukan negara Malaysia dikalangan 10 negara yang paling berdaya saing didunia mengikut Laporan Tahunan Daya Saing Dunia bagi 2010 (WYC) yang diterbitkan oleh Institute For Management Development (IMD) berpangkalan did Switzerland. Ini adalah kerana kecepatan memproses pindahmilik tanah juga diambil kira dalam kajian tersebut selain beratus-ratus kriteria lagi yang ditetapkan. Jumlah yang mengambil bahagian dalam saingan in ialah 58 negara. 


Alhamdulillah...sekarang sudah menjadi budaya bagi unit berkenaan..dapat saja borang pindahmilik lengkap yang diserahkan dikaunter....sudah tertanam difikiran mereka kena proses segera..lagi  cepat lagi bagus...bukannya ada apa-apa ganjaranpun tetapi sebenarnya itulah standard kerja yang sebenarnya. Terima kasih dan tahniah kepada semua anak buah yang terlibat kerana prihatin dengan kehendak pihak atasan...Sekarang mereka duduk berkira nak bagi siap dalam tempoh kurang dari 2 jam.  Insya Allah..boleh kut. ....Apa kata unit yang lain juga kita buat macam tu...try pi lah tengok..


Ok jumpa lagi...



berita lanjut boleh layari di http://www.beritasri.blogspot.com/

Bye..jumpa lagi...

asriredha
teratak kasih
Alor setar

No comments:

Post a Comment