Wednesday, September 1, 2010

KEPUASAN BEKERJA

MERDEKA MERDEKA MERDEKA


Salam Kemerdekaan untuk semua.

Lama tidak menulis dalam blog ini..entah kenapa...kurang dapat idea pula dalam bulan2 puasa ni..Rasa masa berlalu begitu cepat aje...sedar.sedar sudah lebih 3/4 bulan kita berpuasa. Alhamdulillah semua diberi kekuatan untuk mengikuti ibadah puasa dengan lancar..harapnya semuanya sentiasa sihat-sihat dan bahagia, dan selamat terus berpuasa dan buat persiapan AidilFitri.

Hari ini teringin nak menulis berkenaan dengan kepuasan bekerja...Saya selalu bangkitkan perkara ini kepada anak-anak buah tentang perkara tersebut dimana sahaja saya bertugas. Kepuasan bekerja bermakna bekerja dengan gembira dan seronok. Bukan senang nak dapat keseronokan dalam bekerja. Banyak yang tidak seronok waktu bekerja walaupun mereka tahu tempat bekerja itulah yang telah menyara kehidupannya hingga ke akhir hayat. Dari situlah ia beroleh kesenangan hidup tetapi malangnya tempat dimana sumber pendapatan diperolehi tidak pula ia beroleh kegembiraan. Maka kalau begitu jadinya berkerjalah hamba Allah itu dengan keseganannya, keegoannya, kemalasannya, kecuaiannya, ketegangannya, kekotorannya, kesombongannya dan segala macam perkara negatif akan terhasil akibat dari ketidakgembiraannya bekerja di pejabat. Maka rugilah kehidupan seseorang itu kerana lebih dari 3/4 purata masa hidup seorang manusia banyak dihabiskan ditempat kerja....

Sebab itu saya kata jangan buat mudah soal ini..Suka tidak suka kita kena bagi suka juga akhirnya. Ujudkan suasana persekitaran yang membolehkan kita suka kepada kerja kita, suka kepada kawan-kawan sekerja kita, suka kepada apa yang ada kat tempat kerja kita, suka akan pelanggan kita walau macammana perangai dan layanan mereka atas perkhidmatan kita, suka akan ketua jabatan kita walaupun ia 'strict' sikit kerana telah mengubah kebiasaan cara kerja kita menjadikan kebanyakan pekerja tidak suka akan setengah-setengah bos mereka. Apa-apa yang dibuat kita kena pandang secara positif. Barulah perasaan seronok dan puas bekerja itu datang dengan sendiri.

Ada juga yang memang suka bekerja disatu-satu tempat tertentu tetapi tidak suka bekerja ditempat lain. Ini memang ada. Mungkin ia suka kerja disitu kerana ia boleh dapat kemudahan macam-macam yang disediakan, mungkin disitu elaun dan kemudahan sampingan lebih banyak, mungkin disitu ada kuasa yang boleh diguna untuk kepentingan diri sendiri, mungkin juga beliau boleh mendapat kemudahan-kemudahan tertentu dengan kerja disitu..jadi inipun buat mereka seronok kerja di situ tetapi dari segi prestasi kerja belum tentu menyerlah... Yang ini saya rasa keseronokan yang palsu. Mereka bukan puas atau seronok bekerja tetapi puas atau seronok kerja disitu untuk ambil kesempatan untuk diri sendiri.

Jadi janganlah hairan ada pekerja yang hidup senang lenang kat satu-satu tempat kerja kerana kalau nak perbaiki kereta ada bengkel yang beri perkhidmatan percuma, kalau nak beli barang-barang hardware ada kedai yang bagi diskaun lebih 50 peratus dan kadang-kadang patut padan diskaun 100 peratus, kalau nak melancong kemana-mana destinasipun akan ada orang tolong kira, malahan kalau nak perbaiki gigi pun ada orang tolong perbaiki dengan percuma... sampai begitu sekali. Semuanya kerana ia ada kuasa, ada pengaruh, ada kemudahan komunikasi, ada kenalan, dan segala macam. Jangan lihat kuasa itu diperingkat bos-bos saja diperingkat bawahpun ada kuasa tersendiri...menyediakan laporan teknikalpun adalah kuasa, menghantar notispun adalah kuasa, membuka failpun adalah kuasa, nak buat suratpun adalah kuasa, bagi khidmat nasihatpun b oleh jadi kuasa, nak nilai tanahpun adalah kuasa, nak tengok pelanpun ada kuasa tersendiri, dok cop paspot imigresen pun ada kuasa tersendiri, menyarung pakaian seragam penguatkuasa sudah tentu ada kuasa, nak buat surat sokonganpun adalah kuasa. Pendek kata macam-macam kuasa ada yang boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri dengan jawatan yang dipegang....

Oklah saya pohon permisi dulu. Nampaknya saya kena pergi kerana mau teman isteri 'shopping' barang keperluan dapor. La ni kereta banyak gila kat jalan raya dan orang banyak gila kat mana-mana supermarket....banyak juga duit orang-orang Kedah ni..

wassalam ketemu lagi... ada lagi yang saya nak tulis sambung pasal 'kepuasan bekerja' tadi baru intro saja tu.

No comments:

Post a Comment