Hari ini Pejabat Tanah, Majlis Daerah Sik dan JKR serta lain2 jabatan sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan meroboh binaan diatas rizab jalan Jeniang Sik.....Anak-anak buah saya sedang bertungkus lumus melaksanakan operasi ini bersama jabatan-jabatan lain untuk memastikan segala proses dan tindakan adalah mengikut undang-undang. Bukan senang untuk melaksanakan operasi-operasi seperti ini.
Kalau tanya hati kecil saya sendiri....tentunya sayapun tidak suka nak pergi runtuh rumah atau bangunan tempat orang berlindung dan jadi tempat cari nafkah pula...sapa yang mahu... tentunya kalau boleh cuba nak elakkan... Inilah dilema-dilema pegawai-pegawai yang berada dijabatan-jabatan yang ada sedikit sebanyak peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan.. Macam saya ini terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang tanah... banyak peruntukan dalam KTN yang memberi kuasa kepada PTD untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.....hanya mahu atau tidak sahaja untuk melaksanakannya.
Saya boleh menjangkakan kata-kata kecaman dan maki hamun terhadap pegawai penguatkuasa seperti ini akan timbul seperti pegawai bertindak zalim, pilih kasih, berat sebelah, terima rasuah, anti melayu, anti cina, nak cari makan susah, orang lain fasal apa tak ambil, orang dulu tidak ambil pun awat la kalut sangat, notis tidak pernah bagipun, tidak ada hati perut dan macam-macam lagilah...Pengalaman duduk di Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran telah menyebabkan saya telah lali dengan kata-kata kecaman dan sindiran seperti ini....tapi kita nak buat macam mana. Di satu pihak mahu dilaksanakan tindakan undang-undang , manakala disatu pihak lagi supaya diberi kelonggaran dan jangan diambil tindakan undang-undang. Buat salah tak buat salah... yang mana satu nak pakai ni..yang nak jawab saya juga......campur tangan nak membantu yang terlibat memang banyaklah.. semuanya nak tunjuk juara sebagai pembela bangsa dan rakyat..sedangkan pada hakikatnya.. salah tetap salah.... Kadang-kadang kalau terlalu diperbesarkan oleh media yang prihatin dan tidak mendapat maklumat yang tepat, jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan pula yang dituduh tidak betul.... jadi dimana nak letak muka kita yang berkerutu ni....
Nak membatalkan sesuatu operasi bukan mudah. Banyak masa dan tenaga serta kos dihabiskan untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan. Banyak jabatan terlibat. Sebab itu sebelum tindakan penguatkuasaan diambil..masa secukupnya diberi kepada yang terlibat. Notis berulangkali dikeluarkan untuk mengambil tindakan segera. Sampailah lama sangat dan sampailah orang kata dan report kata Pejabat Tanah gagal menjalankan tugas.. itupun masih bersabar lagi......tekanan-tekanan yang jabatan terima sememangnya kebanyakan orang tidak tahu....so akhirnya kita laksanakan juga....ikut keperluan dan kepentingan. Untuk makluman pembaca... semasa buat operasi ini sebuah jentera 'back hoe' yang digunakan telah terbalik menunjukkan betapa terok dan tinggi risikonya melaksanakan operasi-operasi seperti ini. Nasib baiklah tidak melibatkan apa-apa kecederaan dan kematian petugas.
Selepas ini saya dan pegawai-pegawai saya pasti akan dituduh macam-macam lagilah....memang saya sudah bersedia untuk menghadapi semua ini...tidak apa ...sabar-sabar sahajalah...kita kena buat tidak kisah sahaja sudahlah.. jangan duduk ambil kisah sangat....dan jangan dok berkelahi dengan mereka..cakap dan bincang elok-elok. Jabatan hanya menjalankan tugas yang diarah..itu sahaja...Itu yang saya selalu peringatkan kepada anak-anak buah saya.
Selepas ini akan ada lagi operasi penguatkuasaan yang akan dibuat dan mungkin lebih hebat lagi....kita beri notis secukupnya supaya semua yang terlibat termaklum dan diberi masa secukupnya untuk memindahkan dan meroboh apa yang patut. Selepas itu kalau dah lama sangat dah tidak ada apa-apa tindakan dari notis yang diberi barulah kita jalankan tanggungjawab kita...Sebenarnya tidak ada yang teraniaya dalam operasi seperti ini kerana mereka diberi pilihan dan pampasan secukupnya. Cuma bila orang ingat kerajaan, maka itu yang membuatkan mereka tidak kisah, lebih-lebih lagi ada orang-orang yang membela dibelakang mereka.
Bukan setakat membuang binaan sahaja tetapi juga penguatkuasaan operasi pemindahan bahan batuan secara haram, penerokaan tanah kerajaan secara haram dan sebagaimya adalah tindakan-tindakan berterusan yang diambil dari masa ke semasa untuk memastikan hasil mahsul kerajaan negeri tidak bocor dan meningkatkan hasil pendapatan kepada kerajaan negeri.
Sampai satu peringkat hingga semua orang tidak suka, maka tukarlah hamba yang kerdil ini dari daerah yang begitu aman tenteram ini. Tempat lain rasanya mungkin lebih hebat lagi cabarannya... hadapilah semua ini sementara belum pencen.
Okk.... saya nak berhenti dulu kat sini... ada banyak cerita lagi ni......nanti saya sambung lagi...
29.09.2010
Ok jumpa lagi..balik dari jamuan raya malam ni..terasa pula nak sambung balik cerita berkenaan dilema penguatkuasaan.
Benar bagai diduga..di Berita Utama TV jam 8.00 mlm hari ini...diberita dan diulas panjang lebar berkenaan operasi meroboh buang binaan-binaan tersebut. Seperti biasa jika operasi ini dipolitikkan maka ia akan menjadi lebih menarik lagi. Maka timbullah cakapan rasa tidak puas hati yang terlibat dan perkataan kezaliman pasti terucap. Satu Malaya sudah tahu operasi ini... maka yang akhirnya dituduh salah ialah jabatan yang melaksanakan penguatkuasaan itu pula...sekiranya tidak diketahui akan maklumat yang jelas. Jadi anggapan yang tidak benar itu lama-lama akan nampak jadi benar pula...Kerajaan Negeri pula telah dituduh zalim... sedangkan sebenarnya negara dan negeri kita ada undang-undang dan peraturan. Kalau undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pemerentah tidak patuhi susahlah.. setiap orang nak buat undang-undang sendiri.. huru hara jadinya negara kita... Itupun sebenarnya tidak semuanya undang-undang dikuatkuasakan sepenuhnya. Terlalu banyak kelonggaran yang diberi semata-mata untuk memuaskan setengah-setengah pihak yang agak liat untuk mengikut sepenuhnya undang-undang yang ada.