Tuesday, July 27, 2010

JABATAN BERSAMA MASYARAKAT JENERI, SIK

27 Julai 2010
Jeneri, Sik

Macam-macam cara yang dibuat oleh jabatan kerajaan untuk mendekati rakyat...semuanya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan

Pentadbir Tanah Sik sedang melayan dan beramah mesra dengan pelanggan yang membayar cukai tanah dikaunter Pejabat Tanah Sik. Bagus juga buka kaunter ini. Macam mana pak cik sebelah ni terbuka hati nak bayar cukai tanah yang tertunggak lebih 5 tahun..Hampir RM1,000.00 dibayar pagi ini

juga memberi kepuasan kepada rakyat apabila
berurusan dengan jabatan kerajaan...Oleh itu tidak
timbul kata kerja jabatan kerajaan untuk menyusahkan rakyat. Secara peribadi saya seboleh mungkin akan cuba selesaikan apa-apa isu yang dibangkitkan dan tidak dapat diselesaikan sejak lama, kadang-kadang terpaksa menggunakan budibicara yang mengundang risiko kepada jabatan dan saya sendiri. Tapi apa boleh buat...kita kena buat juga kalau tidak pelanggan akan pasti lebih menghadapi masalah, dan dalam konteks pejabat tanah sudah tentu urusan urusniaga tanah tidak dapat berjalan dengan baik kalau ada halangan-halangan tertentu yang berkemungkinan disebabkan kesilapan, kecuaian, terlepas pandang dan sebagainya. Kebanyakan isu dan masalah berbangkit sekarang ini adalah isu lama yang tidak dapat diselesaikan hingga kini. Sebarang perubahan dan penyelesaian yang dibuat kenalah berpandukan kepada undang-undang dan peraturan tanah yang sedia.. Sesukar manapun masalah yang ada, ianya kena ada penyelesaiannya juga...

Atas inisiatif Tuan Pegawai Daerah Sik , Program Jabatan Bersama Masyarakat telah diadakan di Masjid Al Maarif, Mk Jeneri dan dirasmikan sendiri oleh Tuan Hj Mat Noh b Ahmad.

Kubur kenalah dicuci selalu bagi elok. Cuba tengok kubur orang Kristian di Barat..Elok dan tersusun cantik nampak kubur mereka. Kita orang Islam patut lebih elok lagi. Walaupun orang mati tidak minta kubur mereka bagi bersih tapi kita yang duduk ada atas muka bumi ini kenalah prihatin sikit. Nanti kita juga akan pergi sama ke situ.

Saya tumpang sekaki ikut gotong royong bersama penduduk tempatan mesin rumput di kubur. . Boleh tahan juga gegarannya..

Program melibatkan jabatan-jabatan turun ke padang dan membuka kaunter perkhidmatan masing-masing disitu. Antara jabatan yang mengambil bahagian ialah Pejabat Tanah Sik sendiri yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan tanah dan kutipan cukai tanah. Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah sendiri turut turun ke padang untuk sama-sama dengan masyarakat tempatan Jeneri ini. Perkhidmatan yang disediakan ini sedikit sebanyak membantu memudahkan masyarakat setempat terutama dari segi membayar cukai tanah.

Lain-lain jabatan yang mengambil bahagian ialah Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah Sik, JPJ, Jabatan Zakat, Bank, Insuran, Jab Pertanian dan lain-lain lagi.

Pada awal pagi telah diadakan program gotong royong disekitar kawasan masjid terutamanya kubur. Ramai kakitangan jabatan turut mengambil bahagian bersama orang-orang kampong disitu. Paling menarik dan



Majlis Daerah Sik dengan pameran Local Agendanya dan banyak cenderamata disediakan disitu... disamping khidmat perundangan dan penerangan aktiviti MDS.

berkesan ialah hampir 20 orang tempatan telah tampil menderma darah dan ada yang pertama kali menderma..Semoga sumbangan darah mereka ini akan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia yang memerlukan darah. Tidak kurang juga yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma..Ada yang baru sedar rupanya diri ini sudah lama ada kencing manis...Barulah kelamkabut nak pergi berubat. Ok.. itu saja laporan dari PTD Sik.

No comments:

Post a Comment