Tuesday, May 18, 2010

TaNaH AnUgErAh TUHAN..HaRgAiLaH iA


Pejabat Tanah Sik: 07 April 2010

Tanah adalah aset yang paling berharga. Banyak orang menjadi kaya kerana tanah, samada jualbelinya, usahakan atasnya, gadaikannya dan sebagainya... namun begitu ada juga yang tidak begitu menghargainya.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi tanah..kadangkala sanggup berbunuhan antara satu sama lain.........Begitulah penangan tanah.


Pentadbir Tanah Daerah Sik sedang menyampaikan Borang Notis 5A kepada salah seorang pemohon yang berjaya

Pejabat Tanah Sik telah mengadakan majlis penyampaian Notis 5A kepada pemohon-pemohon tanah kerajaan yang telah diluluskan pelupusan tanah kerajaan kepada mereka. Majlis diadakan pada 07.04.2010 di bilik gerakan Pejabat Daerah Sik. Dulu-dulu tidak dibuat perkara sebegini. Itu sebab kadang-kadang penerima anugerah tanah tidak begitu menghargai akan pemberian yang amat berharga ini. Bila dapat notis 5A dan isi kandungannya ada cerita bayaran-bayaran premium yang patut dibayar, maka terus hanyut ghaib tanpa khabar berita. Tanah masih tetap diusahakan.. Bila kita nak beri hak milik tidak mahu pula. Ini amat merugikan kerajaan negeri dan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk bercucuk tanam atau untuk membangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi.

Pentadbir Tanah Daerah Sik memberikan penerangan kepada bakal penerima geran tanah

Sebab itu kerajaan arah supaya bila nak beri notis 5A atau geran tanah maka kena buat sikit majlis dan terangkan proses dan prosedurnya serta kepentingan datang bayar premium kepada kerajaan negeri. Bukan semua orang boleh dapat tanah, tetapi yang hadir pada hari ini adalah orang yang amat bernasib baik.. PTD Sik telah memaklumkan kepada bakal penerima hakmilik ini agar dapat menyelkesaikan segala bayaran yang dikenakan secepat mungkin untuk mengelakkan tanah ditarik balik ataupun dikenakan denda tambahan. Jika ini berlaku akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi kepada pemohon kerana mereka dianggap telah menceroboh tanah kerajaan. Kemungkinan tanah mereka akan dimiliki oleh orang lain apabila dibuka permohonan itu kepada sesiapa yang berminat......

asriredha
teratak kasih
alor setar

Labels: berita dari sik

Posted by asredha61 at 14:05





0

No comments:

Post a Comment