Sunday, May 30, 2010

MaRi KiTa PaKaT JaGa KeBeRsiHaN OfiS KiTa...BeRsiH SeGaLaNyA...

Sik: 03/05/2009

Hari ini saya bersama semua kakitangan membuat gotong royong pembersihan keseluruhan pejabat. Nampaknya penglibatan kakitangan ok juga..seronok juga tengok anak buah buat kerja dan sayapun tidak sampai hati tengok depa saja buat kerja, jadi sayapun tumpanglah sekaki. Bab-bab buat kerja macam ini memang menjadi kesukaan saya..tidak rugi apapun, letih biasalah tapi keluar juga peloh...anggap ini sebagai senaman...kerana kalau nak pergi joging kat taman cukup membosankan...

Walaupun kerja bertambun kat bilik, apatah lagi kena fikir yang bermacam-macam tapi sekali-sekala kena turun ke padang tengok apa yang berlaku...saya pernah dimaklumkan oleh anak buah ada bos yang tidak pernah jeng0kpun bilik fail, bilik geran, bilik hasil dan sebagainya..

Anak buah yang buat kerja biasa-biasa tu ada juga...mungkin tidak pernah kena buat kerja terok-terok kut maka tidak berapa nak serious...tidak apalah itu perkara biasa... dalam sebakul buah takkan semuanya elok , tak gitu ..

Tengoklah kertas dan dokumen-dokumen lama yang setengah tu tidak patut simpanpun masih tidak dibuat keputusan hendak dibuang atau hendak disimpan diarkib. Akibatnya bertimbun-timbun jadinya dan memang sukar nak cari balik jika diperlukan. Sebab itu tidak hairanlah fail kat ofis tanah selalu sangat hilang..fail ada tapi cari tak jumpa


Sebelum ini saya memang telah tulis sedikit berkenaan kebersihan dalam blog ini.. Macam-macam saya tulis dari kebersihan dirumah, kebersihan dipejabat, kebersihan di persekitaran kita.. dan lain-lain lagi. Jadi cakap kenalah serupa bikin. Hari ini baru saya dapat buat untuk keseluruhannya bagi jabatan saya. Rupanya tidak pernahpun pentadbiran sebelum ini mengadakan gotong royong seperti ini..Sebab itu banyak perkara yang kena ditengok dan kena dibuat dan kena dibersihkan serta kena dibuang. Dalam bilik stor, sampai nak masukpun tidak boleh penuh dengan peralatan dan fail-fail lama yang dihumban begitu sahaja...tidak ada siapa yang tengok dan nak dibuat apa dengan benda-benda itu dan stor tersebut.

Itupun nampaknya masih lagi ada yang belum beres lagi yang mungkin pada anak buah dan ok , tapi pada saya bila periksa balik ada lagi tempat-tempat yang tidak ok. Tapi tidak apalah , itu boleh diaturkan kemudian.

Sebenarnya saya tidak boleh tengok benda-benda macam ni dibiarkan begitu sahaja...saya perlu buat sesuatu walaupun orang tidak mahu buat..sekarang ni dah oklah , cuma nak tengoklah lepas ni ada tak anak buah yang berkenaan jaga tempat yang dibersihkan itu bagi bersih selalu dan ditambahkan lagi dengan apa-apa bagi nampak cantik dan kemas.. ataupun nak kena arah lain baru buat balik...

ok itu saja celoteh saya hari ini..sampai ketemu lagi...

Wednesday, May 26, 2010

NIKMAT MEMILIKI TANAH......

Pejabat Tanah Sik
25 Mei 2010

Kiri:Tuan Pegawai Daerah Sik sedang memberi ucapan tahniah kepada rakyat yang dianugerahkan tanah.

Bawah: Tuan Pegawai Daerah Sik sedang menyampaikan Notis 5A KTN kepada salah seorang pemohon yang diluluskan tanah kerajaan. Turut mengiringi ialah Mohd Asri Redha Pentadbir Tanah Daerah Sik.


Notis 5A ialah pemakluman kepada pemohon agar menjelaskan bayaran-bayaran premium dll bersangkutan sebelum dikeluarkan surat hakmilik kepada mereka. Tempoh perlu selesai semua bayaran yang dituntut ialah 3 bulan.

'Gunakanlah tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan ini dengan sebaik mungkin. Jangan diguna hanya untuk spekulasi dan bertujuan untuk dijual sahaja bila dapat geran bagi mendapat keuntungan segera. Kalau semua tanah anugerah kerajaan ini digunakan sepenuhnya maka ekonomi akan berkembang dengan pesat kerana kesan gandaan yang dihasilkan. Tetapi kalau tanah tersebut dibiarkan terbiar tanpa diusahakan dengan projek-projek pembangunan maka kerajaan negeri amat kecewa dengan situasi kerana hasrat kerajaan memberi tanah kepada rakyat adalah untuk kesejahteraan rakyat'......Itulah intipati  ucapan Tuan Hj. Mat Noh b.  Ahmad, Tuan Pegawai Daerah Sik di majlis penyampaian Notis 5A kepada lebih kurang 80 orang peserta  yang layak. Majlis tersebut di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Sik pada 25 Mei 2010.

Thursday, May 20, 2010

Tanah Harta Tidak Ternilai : Pemimpin Bersama Rakyat

18 Jun 2010
Sik.

Sebagai jabatan yang terlibat secara langsung dengan rakyat maka Pejabat Tanah Sik telah sama-sama mengambil bahagian dalam pameran jabatan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Khidmat nasihat berkenaan urusan tanah dan perundangan tanah telah diberikan kepada pelawat yang datang. Ini mendekatkan lagi hubungan antara rakyat dan jabatan kerajaan.


kanan: Penulis b'sma YAB Menteri Besar Kedah dan Tuan Pegawai Daerah Sik di Majlis Perlawanan Bolasepak antara Pilihan Sik dengan Pilihan ADUN di padang Depoh Tahanan Imigresen, Belantik





kiri: YAB Menteri Besar Kedah sedang menyampaikan geran tanah kepada pemohon yang berjayaKata-Kata YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan b. Abd Razak, Menteri Besar Kedah DA di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada 18 Jun 2009 di Dewan Serbaguna Sik. Lebih 100 orang rakyat negeri Kedah telah dianugerahi tanah kerajaan untuk dengan pelbagai projek pertanian dan pembangunan

‘Sebagai pemimpin kita tidak mahu rakyat ditindas, kita tidak mahu rakyat dizalimi. Oleh itu kita lupakan perbedaan anutan politik dan kita sama-sama bekerja . Sekarang kita tidak kaya tetapi kita tidak juga miskin’ .

Perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan perundangan dan prosedur tanah disediakan oleh Pejabat Tanah Sik di Majlis tersebut


asriredha
teratak kasih
alor setar

Tuesday, May 18, 2010

TaNaH AnUgErAh TUHAN..HaRgAiLaH iA


Pejabat Tanah Sik: 07 April 2010

Tanah adalah aset yang paling berharga. Banyak orang menjadi kaya kerana tanah, samada jualbelinya, usahakan atasnya, gadaikannya dan sebagainya... namun begitu ada juga yang tidak begitu menghargainya.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi tanah..kadangkala sanggup berbunuhan antara satu sama lain.........Begitulah penangan tanah.


Pentadbir Tanah Daerah Sik sedang menyampaikan Borang Notis 5A kepada salah seorang pemohon yang berjaya

Pejabat Tanah Sik telah mengadakan majlis penyampaian Notis 5A kepada pemohon-pemohon tanah kerajaan yang telah diluluskan pelupusan tanah kerajaan kepada mereka. Majlis diadakan pada 07.04.2010 di bilik gerakan Pejabat Daerah Sik. Dulu-dulu tidak dibuat perkara sebegini. Itu sebab kadang-kadang penerima anugerah tanah tidak begitu menghargai akan pemberian yang amat berharga ini. Bila dapat notis 5A dan isi kandungannya ada cerita bayaran-bayaran premium yang patut dibayar, maka terus hanyut ghaib tanpa khabar berita. Tanah masih tetap diusahakan.. Bila kita nak beri hak milik tidak mahu pula. Ini amat merugikan kerajaan negeri dan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk bercucuk tanam atau untuk membangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi.

Pentadbir Tanah Daerah Sik memberikan penerangan kepada bakal penerima geran tanah

Sebab itu kerajaan arah supaya bila nak beri notis 5A atau geran tanah maka kena buat sikit majlis dan terangkan proses dan prosedurnya serta kepentingan datang bayar premium kepada kerajaan negeri. Bukan semua orang boleh dapat tanah, tetapi yang hadir pada hari ini adalah orang yang amat bernasib baik.. PTD Sik telah memaklumkan kepada bakal penerima hakmilik ini agar dapat menyelkesaikan segala bayaran yang dikenakan secepat mungkin untuk mengelakkan tanah ditarik balik ataupun dikenakan denda tambahan. Jika ini berlaku akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi kepada pemohon kerana mereka dianggap telah menceroboh tanah kerajaan. Kemungkinan tanah mereka akan dimiliki oleh orang lain apabila dibuka permohonan itu kepada sesiapa yang berminat......

asriredha
teratak kasih
alor setar

Labels: berita dari sik

Posted by asredha61 at 14:05





0

Monday, May 17, 2010

Bengkel Aturan Tanah Kedah 1966 & Pelancaran KAUNTER 1H-14H

Langkawi: 06 November 2009


Sejak sekian lama didapati banyak tanah-tanah berhakmilik yang bersyarat pertanian tetapi telah disalahgunakan oleh tuan tanah untuk digunakan bagi maksud lain dari syarat yang dibenarkan oleh peruntukan Kanun Tanah Negara. Pelanggaran syarat kegunaan tanah ini telah banyak menguntungkan tuan tanah atau bangunan sedangkan kerajaan mengalami kerugian yang begitu banyak disebabkan penyalahgunaan pengunaan tanah tersebut. Sebagai contohnya di Langkawi ada hotel bertaraf 4 bintang didirikan diatas tanah bersyarat pertanian. Kerajaan Negeri Kedah hanya dapat mengutip cukai tanah sebanyak RM8.00 sahaja sedangkan sepatutnya dengan projek seperti itu kerajaan boleh mengutip beribu-ribu RM jika tanah bersyarat hotel..Walau bagaimanapun undang-undang sedia ada tidak membenarkan cukai atau hasil dikutip seperti itu...maka berterusanlah keadaan seperti itu sehingga kini.

Pentadbir Tanah Sik bersama dengan sebahagian ahli bengkel yang terdiri dari wakil Pejabat Tanah Sik, JPBDD dan Majlis Daerah Sik sedang berbincang mengenai kajian kes yang diberi.

Sebenarnya banyak lagi kes-kes pelanggaran syarat kegunaan tanah pertanian seperti digunakan untuk padang golf dan pusat rekreasi, bangunan perusahaan, bangunan perniagaan, bangunan kediaman...Jika disiasat dan direkod diseluruh negeri Kedah bilangannya terlalu banyak. Mengapa perkara ini berlaku dan berleluasa tidak perlulah diungkit kisah-kisah lama...banyak persoalan dan isu yang berbangkit seperti kenapa dibiarkan perkara tersebut berlaku, mengapa penguatkuasaan tidak laksanakan dan sebagainya...Kemungkinan banyak pertimbangan politik dan faaktor kemanusian memainkan peranan dalam hal ini..Sebagai kakitangan kerajaan kita menghadapi dilema dalam hal ini. Walau bagaimanapun penyelesaian perlu dicari mengatasi masalah tersebut.

Berkisar kepada isu-isu pelanggaran syarat kegunaan tanah inilah maka satu pendekatan yang drastik perlu dilakukan segera oleh kerajaan negeri walaupun sudah agak terlewat dalam memastikan kerajaan negeri mendapat hasilnya dan pada masa yang sama kegiatan pelanggaran syarat yang berleluasa dapat dikawal.

Maka Bengkel Pindaan ATK 1966 (Penyediaan draf tatacara permohonan dan kadar bayaran permit yang akan dikenakan ke atas premis-premis/struktur/bangunan yang didirikan dibina dengan melanggar syarat penggunaan tanah berdasarkan Kanun Tanah Negara 2010 ) yang diadakan dari 05.11.09 hingga 06.11.09 di Hotel Bayview Langkawi adalah langkah awalan untuk merealisasikan cadangan penyelesaian kes-kes penyalahgunaan tanah pertanian melalui pindaan kepada ATK 1966.

Saya dan beberapa kakitangan Pejabat Tanah Sik, turut terlibat sama dalam menyumbangkan sedikit sebanyak idea untuk menjayakan bengkel tersebut. Semoga resolusi dan hasil dari bengkel tersebut akan membuahkan kesan yang besar kepada Kerajaan Negeri terutama dari segi peningkatan hasil kerajaan negeri dan kawalan terhadap aktiviti-aktiviti pelanggaran syarat-syarat tanah pertanian.

Pada Majlis Penyerahan Resolusi Bengkel dihari terakhir kepada YB Dato' Seraja Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah , telah turut dilancarkan KAUNTER 1H-14H untuk dilaksanakan oleh semua Pentadbir Tanah Daerah. Program ini merupakan satu pernyataan kepada orang awam bahawa urusan pindahmilik tanah dan urusniaga tanah yang bersesuaian boleh diselesaikan dalam tempoh 1 hari hingga 14 hari. Tapi penekanan dan hasrat sebenar kerajaan negeri ialah sebarang urusan pindahmilik tanah bermula dari penyerahan dokumen lengkap pindah milik tanah hingga dikembalikan surat hakmilik yang telah sempurna ditukar nama diselesaikan pada hari itu juga. Satu cabaran besar kepada semua Pejabat Tanah di Kedah....

Catatan oleh:

Asri Redha
Teratak Kasih
Alor Setar

DeNgAn TeKnOLOgI MaKLuMaT SeGaLaNyA MuNgKiN

Wednesday, April 14, 2010


PROAKTIF DALAM KUTIPAN CUKAI TANAH

Kg Gulau Sik: 14 April 2010

Dulu-dulu pemerentah mengutip apa-apa cukai yang dikenakan dengan cara pegawai cukai yang dilantik pergi ke kampong-kampong untuk mengutip cukai..Mungkin pada waktu tidak banyak sangat sumber yang dapat dikutip dan maklumat pun tidak begitu banyak. Selepas itu kutipan cukai mula dilaksanakan disesuatu tempat khas apabila bilangan hakmilik semakin bertambah dan bilangan urusniaga dan bukan urusaniaga tanah semakin bertambah juga sesuai dengan pertambahan penduduk. Kutipan luar menjadi agak bermasalah pada waktu itu.

Walau bagaimanapun sekarang ini dengan kecanggihan dan kemodenan pengurusan tanah yang menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya telah membolehkan urusan kutipan cukai tanah boleh dibuat diluar pejabat. Ini amat memudahkan kerana semua maklumat dapat dibawa keluar dari pejabat.




Pentadbir Tanah Daerah Sik turun ke padang untuk meninjau sendiri aktiviti Kaunter Bergerak Pejabat Tanah Sik. Program ini di Kompleks Penghulu Mk Sok, di Kg Gulau.


Pejabat Tanah Sik mengambil kesempatan dari kemudahan yang disediakan ini dengan juga mengaturkan beberapa program kutipan cukai tanah yang dikenali sebagai 'Kaunter Bergerak' dibeberapa lokasi strategik dalam daerah Sik ini. Antara tempat yang telah dilaksanakan ialah di Kg Gulau, Mk Sok. Adanya 'Kaunter Bergerak' ini telah memberi kemudahan kepada pemilik-pemilik tanah untuk membayar cukai tanah tanpa perlu pergi ke Pejabat Tanah di Pekan Sik. Ini akan mengurangkan kos untuk pengangkutan mereka dan juga masa dapat dijimatkan yang diboleh digunakan untuk kerja-kerja berfaedah lainya.

Pada peringkat awal ini mungkin agak kurang memberangsangkan kerana kemungkinan dari segi pengetahuan akan kemudahan ini belum lagi menyeluruh. Pejabat Tanah Sik akan berusaha dengan lebih giat lagi untuk menjalankan kempen Bayar Cukai Tanah dan mempromosikan 'Kaunter Bergerak' dikalangan pemilik tanah
 
asredha
teratak kasih
alor setar

Monday, May 10, 2010

Kaunter Bergerak Pejabat Tanah Sik

Zaman teknologi tinggi masa kini memerlukan pendekatan yang lebih pelbagai dalam mengutip cukai tanah. Setiap kakitangan kena kreatif dan proaktif dan sentiasa mengikuti perkembangan
Majlis Pelancaran Kaunter Bergerak Peringkat Negeri Kedah di SP Plaza , Sg Petani pada 10 Mei 2010. Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Pejabat Tanah Sik turut membuka kaunter bergeraknya di situ dan sejumlah RM100,000.00 telah dapat dikutip. Gambar salah seorang tuan tanah pembayar cukai tanah menerima cenderamata dari YAB Menteri Besar Kedah. PTD Sik turut sama untuk menerima cek bayaran cukai tanah tersebut.


semasa akan perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan harian kita apatah lagi yang berkaitan dengan kerjaya kita.. Kalau kita leka maka kita akan ketinggalan sedangkan nak tunggu pencen lambat lagi...Jadi kita kena bergerak sekarang untuk apa-apa yang perlu.

Keratan ini adalah untuk menunjukkan tindakan proaktif Pejabat Tanah Sik dalam mengutip cukai tanah di Daerah Sik.. mula-mula tu memanglah 'slow' sikit tapi Insya Allah.. lama-kelamaan tuan tanah akan termaklum akan kemudahan ini dan mereka akan sudi untuk guna kemudahan yang kita sediakan...

Keratan Akhbar Sinar Harian 06 Mei 2010

kembali ke blog indok:  http://www.semangatjati.blogspot.com
Kutipan: Mohd Asri Redha,
                     Pentadbir Tanah Daerah Sik

Tuesday, May 4, 2010

BETULKAH LADANG ANGGOR TERBESAR DIKEDAH ADA DI SIK

Tak caya ya... memang payah nak percaya kalau pakai akal logik....sebab negeri Kedah adalah agak panas, sedangkan anggor sesuai dengan tempat sejok...Tetapi memang ada 2 kawasan ladang anggor terbesar di Sik ini iaitu kepunyaan Syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd..dimiliki seorang usahawan bumiputera yang berjaya iaitu en Mohammed Iqbal S Habeeb Noohu. Luas ladang ini melebihi 2.5 hektar dan terletak dipinggir Tasik Beris.


Hari ini YAB Menteri Besar Kedah DA DAto' Seri Ustaz Azizan telah datang buat lawatan merasai sendiri kenakan buah anggor yang di tanam... Sayapun makan juga...memang manis..harganyha boleh tahan juga...maklumlah nak ndak yang organik..

Hanya inilah sahaja yang dapat dimakan...





kembali ke Blog Indok: http://www.semangatjati.blogspot.com

Monday, May 3, 2010

LAWATAN KERJA KUARI TAHB

04 Mei 2010

Lawatan kerja PTD REdza ke Kuari TAHB, Sik.

Sedang memeriksa resit yang dikeluarkan oleh syarikt kepada lori-lori yang mengambil batuan dari kuari tersebut. Disinilah resit dikeluarkan kepada lori-lori yang mengangkut bahan batuan dari kuari tersebut.











Tertarik melihat alat timbang lama yang tidak digunakan lagi. Diimpot dari England. Dah jadi Kati ANtik. Ini kalau boleh bawa ke Muzium bagus juga.

Sekarang timbangan semua guna komputer. Teknologi Maklumat sudah masuk merata sampailah ke kuari.
Kat  sinilah lori akan ditimbang. Cuma dok fikir..siapa pula yang boleh pasti ketepatan berat yang ditimbang. besar sangat ni..Semak dengan operator memaklumkan peralatan timbang berkomputer itu memang disahkan oleh KPDNDHEP

Memang besar kuari ini...20 tahun korekpun tidak akan habis...

Sunday, May 2, 2010

WARGA TEMPATAN DALANG OPERASI KUARI PASIR HARAM DI SIK

PEKAN SIK - Kegiatan kuari pasir secara haram semakin menjadi­-jadi, walaupun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sering melaku­kan pelbagai operasi tanpa mengira waktu bagi mengatasi masalah tersebut. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Sik, Mohd Asri Redha Abdul Rahman berkata, antara faktor yang menjadi penyumbang utama kegiatan ini sentiasa berterusan kerana terdapat sesetengah kuari pasir beroperasi secara haram didalangi oleh orang tempatan.


Pentadbir Tanah Daerah Sik terpaksa turun ke padang berterusan dari masa ke semasa membuat pemeriksaan lori-lori dan juga kuari-kuari bagi memastikan operasi kuari dan pemindahan bahan batuan tersebut mempunyai permit yang sah.

Menurutnya, berpunca daripada itulah, kadang-kala operasi yang dijalankan sering menemui kegagalan kerana pihak pengusaha kuari haram seakan­-akan dapat menghidu kehadiran mereka.

"Namun begitu, alasan tersebut tidak pernah menjadi halangan kepada kami untuk meningkatkan operasi mem­banteras kegiatan kuari pasir secara haram sama ada pada hari biasa atau pun hujung minggu.

"Walaupun tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk melakukan operasi serbuan berkenaan, namun kami amat memandang serius masalah tersebut kerana kesan kegiatan itu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat;' katanya. Mengulas mengenai kejadian jambatan runtuh ekoran kegiatan kuari pasir di Kampung Landai, Mohd Asri berkata, pihaknya sering melakukan serbuan menyita kuari beroperasi secara haram di kawasan berkenaan, namun kegiatan tersebut terus aktif.

"Setakat ini hanya tiga permit sahaja yang dikeluarkan untuk melakukan aktiviti kuari pasir di situ, dua permit diberikan kepada Bina Darul Aman Berhad (BDB), milik Kerajaan Negeri dan satu permit orang perseorangan.

"Mana-mana kuari pasir yang mempunyai permit, kita tidak menghadapi sebarang masalah, sebaliknya berbeza dengan kuari beroperasi secara haram;" katanya.

Beliau berkata, langkah yang diambil oleh mereka buat masa sekarang adalah dengan menyita kawasan beroperasi secara haram selain memberi amaran keras kepada pengusaha termasuk pemilik tanah kerana membenar­kan aktiviti tersebut dilaksana­kan.

"Selain itu, kami juga turut menahan mana-mana lori yang mengangkut pasir dan batuan tidak mempunyai permit sah serta tidak membayar royalti seperti ditetapkan oleh Aturan Tanah Kedah.

"Jika kes tersebut disabitkan kesalahan oleh mahkamah, hukuman maksimum RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun boleh dikenakan atas kesalahan membawa keluar bahan batuan tanpa permit yang sah," katanya.

Katanya, dalam perkemban­gan terbaru pihaknya juga telah menahan sebuah lori yang gagal menunjukkan permit sah sewaktu mereka mengadakan operasi pada awal pagi 1 November 2009 di Pekan Gulau.

"Lori berkenaan dipercayai membawa muatan pasir yang dikorek sekitar kawasan Landai untuk dihantar ke satu destinasi lain. Namun pihak kami berjaya menahan lori berkenaan pada jam 6.50 pagi setelah mengada­kan operasi seawal jam 4 pagi di situ.

"Sewaktu ditahan, pemandu lori berkenaan cuba untuk mengeluarkan muatan yang dibawa namun tidak berhasil dan kami telah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan dan pemandu lori dilepaskan dengan jaminan pihak polis," katanya.

Menurutnya, sepanjang tahun ini sahaja sebanyak enam permit kuari pasir telah ditarik balik kerana pengusaha kuari me­langgar syarat-syarat yang ditetapkan sewaktu perjanjian. Walau bagaimanapun kuari ini dibenarkan dibuka kembali setelah membuat rayuan namun pengusaha perlu membayar deposit lebih tinggi iaitu RM10,000 berbanding RM7,000 sebelum ini selain perlu mematuhi syarat-syarat lebih ketat. Deposit sedia ada dirampas.

"Set:akat ini, hanya terdapat 18 kuari pasir dan tiga kuari batu yang mempunyai permit aktif beroperasi secara sah di sekitar kawasan daerah Sik selebihnya kegiatan kuari secara haram," katanya.

Sinar Harian turut meminta komen beliau berkenaan bantahan penduduk Kampung Lahar yang meminta kerja-kerja kuari Pasir disepanjang Sungai Kuala Muda dihentikan setelah 12 tahun beroperasi.

Katanya kuasa pemberian atau proses tarik balik permit pengusaha kuari berkenaan adalah dibawah bidang kuasa Pejabat Tanah Kuala Muda, walaupun yang menjadi mangsa keadaan adalah penduduk disebelah Sik.

"Namun begitu, pihak kami tidak memandang ringan perkara berkenaan dan turut menasihati pengusaha tersebut supaya mengambil kira kepentingan masyarakat setempat jika kerja­-kerja tersebut terus dijalankan.

"Masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka untuk menyekat kegiatan operasi kuari pasir haram ini dengan cara membeli atau mengambil pasir dari tempat mempunyai permit sah serta dibawa oleh lori yang telah membayar royalti," katanya.

Mohd Asri Redha berkata, PBT daerah ini amat serius ber­hubung penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan kuari pasir beroperasi secara haram, dan hasil perbincangan satu Jawatan Kuasa Penguatkuasaan Peringkat Daerah Sik akan ditubuhkan . Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan sendiri oleh Pegawai Daerah Sik, dan antara jabatan yang akan bekerjasama seperti Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Sik, Perhutanan, Jjabatan Pengairan Dan Saliran, (JPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Majlis Daerah Sik (MDS)


Petikan dari Akhbar Harian Sinar pada 04 November 2009
Posted by ASRI REDHA