Catatan Pada 01.12.2010
|
1 hari boleh siap..
2 jam pun kami boleh selesai
...PMT |
Masa terlalu mencemburui kita...Tidak sempat nak tengok blog yang saya buat khusus untuk aktifviti Pejabat Tanah Sik ini. Tapi kena juga tulis apa-apa yang patut. Tidak boleh terhenti begitu sahaja...Samada orang nak baca atau tidak tidak kisahlah.. mungkin nanti kalau saya tukar ke jabatan lain pula mungkin setakat inilah sahaja tulisan saya berkenaan pengalaman bertugas di Pejabat Tanah Sik..
|
sampaikan pintu tandas pun
kita kena hiaskan..Dalam tu
tak payah tunjuklah..tapi
kat saya memang ada... |
|
Carta Organisasi dibuat atas kreativiti kakitangan dengan penggunaan bahan-bahan yang diubahsuai. Murah saja...asalkan praktikal..ok lah..Tetamu tidaklah 'boring' sangat sementara menunggu urusan selesai boleh menonton TV kat situ |
|
Eheem..sedap mata memandang melihatfail tersusun rapi dalam kotak-kotak yang
dihias indah..Tak apalah pakai kotak-kotak
pun...yang penting nampak cantik, bersih
dan menarik...kreativiti itu penting
|
Hari ini saya mai juga ke opis..pagi tadi ke WDA ada sedikit urusan berkenaan hal-hal berkaitan perjawatan...tapi petangnya datang juga ke pejabat...selesaikan apa yang sepatutnya.....tapi masih tidak selesai-selesai juga...masa dok tulis ni tidak fikir lagi nak balik atau tidak malam ni. Cuma waktu sunyi-sunyi malam begini..teringat pula kat anak-anak buah yang bertungkus lumus untuk merealisasikan harapan untuk mengubah suasana persekitaran tempat kerja mereka... Kena ulas dan komen juga sikit nanti anak-anak buah kata bos buat tak kisah saja apa yang mereka buat...tak gitu kawan-kawan...Sebenarnya saya amat berminat sekali apa yang mereka tengah dok buat sekarang...ada banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat....Antara perkara besar yang akan saya buat selepas ini ialah bagaimana mengujudkan sistem fail yang kemaskini, teratur, tersusun, mudah cari, mudah capai, fail yang elok, pengurusan setiap fail yang baik, mudah kesan, selamat, bersih, rekod terkini dan sebagainya...Ini perkara besar bagi sebuah Pejabat Tanah . Kalau fail berterabur sana sini, sekejap ada sekejap tidak ada, hilang isi kandungan , kerja buka fail baru/sementara dan sebagainya..susah nak buat kerja... Ada sesuatu yang tidak kena juga dalam urusan-urusan rekod-rekod maklumat tanah, maklumat lot, maklumat PT dan sebagainya hinggakan bisa berlaku pertindihan hakmilik dikeluarkan... semua ini boleh mengundang implikasi yang tidak baik kepada jabatan.
|
Sebahagian maklumat dan panduan-panduan
kepada pelanggan untuk berurusan.
Ada banyak lagi panduan-panduan yg
perlu dipapar kepada pelanggan agar
mereka mudah dan tidak tertanya-tanya
apa yang perlu dibuat lagi.. |
|
Dengan berbelanja tidak sampai RM1300.00 semua lantai yang sebelum ini berdebu dan sebam sekarang ni dah nampak cantik dan berkilat2. Dengan sedikit kerajinan kakitangan dan inovasi, jabatan dapat selamatkan RM3,000 jika diupah kontraktor mahir yang buat. ..tengok cantik tak? Baru semangat banyak nak buat kerja...cuma
ruang ini agak kurang terjaga dengan debu2 masih
banyak terlekat kat TV, perabot dll. Bahan bacaan
juga perlu ditukargantikan selalu..tengok2lah noo.
Tak ator lagi kutt....tak apa saya buat dulu.. |
Ok... saya nak pi ambil gambar dulu apa yang anak2 buat sejak seminggu dua ni...sebenarnya ada banyak gambar-gambar menarik aaktiviti yang dibuat oleh anak buah yang hendak saya paparkan dlm blog ini tapi..dlm blog ini tidak boleh papar gambar banyak-banyak...nanti dia jadi berat dan lambat dipaparkan....minggu depan saya akan papar gambar lain pula...tukar-tukar..nanti anak2 buah kata pilih kasih pula...Ada tempat tempat lain yang kena diperelokkan seperti meja setiap kakitangan perlu dicantikkan dan diperkemaskan lagi, papan kenyataan, bilik mesyuarat belum terator lagi, barang-barang lama dalam stor yang berselerak lagi, gotong royong cat opis, dsbgnya.... Minggu depan mungkin saya akan paparkan pula tempat-tempat anak-anak buah yang tidak ada apa-apa perubahan yang dibuat lagi...jangan marah yaaa......
Ok selamat malam...
|
'AKUJANJI' kakitangan ini kita buat waktu
mula-mula memegang jawatan..mungkin
ramai yang dah lupa..jadi bacalah balik
dan faham betul-betul...baru kita tidak
tergelincir dari landasan. Pengenalan diri
kakitangan melalui gambar-gambar dan tugas
kakitangan menambahkan lagi mesra layanan
dan memberi impak yang baik kepada jabatan |
Kita tengok nanti apa akan jadi? Catatan 4 bulan yang lalu.
Catatan dan Penilaian Pada 10.11.2010
NAMPAKNYA...ANAK2 BUAH PEJABAT TANAH SIK MAKIN BERSEMANGAT UNTUK PERGI KEARAH TERSEBUT... TIDAK KIRALAH 5S KA ATAU APA2 AN....ADA PERUBAHAN YANG SEMAKIN KETARA YANG SAYA LIHAT... BANYAK RUANG LAGI PERLU DILIHAT DAN DIPERBETULKAN...MAKLUMLAH KITA KENA BUAT DARI PERINGKAT AWAL....KITA BUATLAH BERTERUSAN JANGAN BERHENTI.. SETIAP HARI MESTI ADA PENAMBAHBAIKAN DAN PERUBAHAN.. WALAUPUN PEJABAT TANAH SIK PEJABAT LAMA, PERABOT LAMA, MACAM2 JENIS PULA TU...DUIT BELANJA PUN TIDAK CUKUP, DAH HABIS DAH,TAKPALAH.. KITA TERPAKSA TERIMA HAKIKAT TERSEBUT..KITA TIDAK BOLEH JADIKAN ITU SEBAGAI PENGHALANG DAN MEMATAHKAN SEMANGAT KITA. ...TAPI YANG PENTINGNYA PEJABAT MESTI BERSIH, KEMAS, CANTIK, TERSUSUN DAN MACAM-MACAM LAGILAH...
KREATIVITI TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA.......
TERIMA KASIH SEMUA... Nanti saya akan ulas lagi secara bergambar pula....