Showing posts with label Aktiviti PTS. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PTS. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Lagi-Lagi Kuari,,,, lagi lagi kuari .....

13.06.2011
Catatan : Mtup Mohd Asri Redga

Walaupun dah tinggal Pejabat Tanah Sik .. tapi apa-apa yang berlaku kat daerah itu tetap mendapat perhatian saya.. Sebab itu saya tidak tutup blog ini... Ini keratan berkenaan Pejabat Tanah Sik...-

isu
Mana2 tempat isu kuari adalah sama ajee...

Sunday, December 5, 2010

PENYAMPAIAN NOTIS 5A

Pemohon yang berjaya diberi taklimat dahulu secara terperinci
sebelum diserahkan notis  5A. Ini penting bagi memastikan
bayaran diselesaikan segera mengikut masa dan panduan
beberapa perkara yang perlu dipatuhi sebelum
tanah yang dipohon menjadi milik mereka.
Setelah menunggu bertahun-tahun lamanya akhirnya tanah yang mereka usahakan selama ini telahpun diluluskan kepada mereka. Cumanya belum lagi menjadi hakmilik mereka lagi kerana..notis 5A merupakan pemakluman kepada pemohon agar datang ke Pejabat Tanah Sik untuk membayar segala bayaran-bayaran termasuk premium tanah yang telah dikenakan. Pemohon diberi tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan notis 5A untuk menyelesaikan bayaran-bayaran yang ditetapkan. Jika gagal diselesaikan dalam tempoh tersebut maka denda akan dikenakan. Kalau gagal juga menyelesaikan sepenuhnya bayaran premium yang dikenakan maka, notis 5A itu akan terbatal dan pemohon terpaksa memohon semula dengan dikenakan denda lagi....Kalau tidak maka tanah yang diusahakan oleh mereka boleh ditawarkan kepada mana-mana rakyat  negeri Kedah yang berkelayakan.

Surat hakmilik Sementara akan dikeluarkan apabila segala bayaran yang ditetapkan dalam notis 5A diselesaikan oleh pemohon. Bila sudah ada geran barulah tanah tersebut benar-benar menjadi hakmilik kepada tuan tanah dan boleh diurusniagakan seperti digadai, dipajak dan sebagainya..Walau bagaimanapun pindahmilik tidak dibenarkan dalam tempoh 10 tahun hakmilik dikeluarkan...

 Mohd Asri Redha, Pentadbir Tanah Daerah Sik sedang
menyampaikan notis 5 A kepada salah seorang pemohon
yang berjaya.
Majlis penyerahan notis 5A telah diadakan pada 06 Disember 2010 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik. .....Lebih 90 pemohon yang berjaya telah diserahkan notis. Amanat penting  PTD Sik... 'gunakanlah sepenuhnya anugerah Allah SWT ini untuk bercucuk tanam atau menternak binatang...jangan hanya sekadar dijadikan aset yang digunakan untuk keuntungan jangka pendek dan jadi bahan spekulasi harta semata-mata'...bersyukurlah dengan anugerah ini..

Wednesday, December 1, 2010

PEJABAT TANAH SIK : KE ARAH AMALAN ALA '5S'

Catatan Pada 01.12.2010


1 hari boleh siap..
2 jam pun kami boleh selesai
...PMT

Masa terlalu mencemburui kita...Tidak sempat nak tengok blog yang saya buat khusus untuk aktifviti Pejabat Tanah Sik ini. Tapi kena juga tulis apa-apa yang patut. Tidak boleh terhenti begitu sahaja...Samada orang nak baca atau tidak tidak kisahlah.. mungkin nanti kalau saya tukar ke jabatan lain pula mungkin setakat inilah sahaja tulisan saya berkenaan pengalaman bertugas di Pejabat Tanah Sik..
 


sampaikan pintu tandas pun
kita kena hiaskan..Dalam tu
tak payah tunjuklah..tapi
kat saya memang ada...


Carta Organisasi dibuat atas kreativiti kakitangan
dengan penggunaan bahan-bahan yang diubahsuai.
Murah saja...asalkan praktikal..ok lah..Tetamu tidaklah
'boring' sangat sementara menunggu urusan selesai
boleh menonton TV kat situ
Eheem..sedap mata memandang melihatfail tersusun rapi dalam kotak-kotak yang
dihias indah..Tak apalah pakai kotak-kotak
pun...yang penting nampak cantik, bersih
dan menarik...kreativiti itu penting

Hari ini saya mai juga ke opis..pagi tadi ke WDA ada sedikit urusan berkenaan hal-hal berkaitan perjawatan...tapi petangnya datang juga ke pejabat...selesaikan apa yang sepatutnya.....tapi masih tidak selesai-selesai juga...masa dok tulis ni tidak fikir lagi nak balik atau tidak malam ni. Cuma waktu sunyi-sunyi malam begini..teringat pula kat anak-anak buah yang bertungkus lumus untuk merealisasikan harapan untuk mengubah suasana persekitaran tempat kerja mereka... Kena ulas dan komen juga sikit nanti anak-anak buah kata bos buat tak kisah saja apa yang mereka buat...tak gitu kawan-kawan...Sebenarnya saya amat berminat sekali apa yang mereka tengah dok buat sekarang...ada banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat....Antara perkara besar yang akan saya buat selepas ini ialah bagaimana mengujudkan sistem fail yang kemaskini, teratur, tersusun, mudah cari, mudah capai, fail yang elok, pengurusan setiap fail yang baik, mudah kesan, selamat, bersih,  rekod terkini dan sebagainya...Ini perkara besar bagi sebuah Pejabat Tanah . Kalau fail berterabur sana sini, sekejap ada sekejap tidak ada, hilang isi kandungan , kerja buka fail  baru/sementara dan sebagainya..susah nak buat kerja... Ada sesuatu yang tidak kena juga dalam urusan-urusan rekod-rekod maklumat tanah,  maklumat lot, maklumat PT dan sebagainya hinggakan bisa berlaku pertindihan hakmilik dikeluarkan... semua ini boleh mengundang implikasi yang tidak baik kepada jabatan.




  
Sebahagian maklumat dan  panduan-panduan
kepada pelanggan untuk berurusan.
Ada banyak lagi panduan-panduan yg
perlu dipapar kepada pelanggan agar
mereka mudah  dan tidak tertanya-tanya
apa yang perlu dibuat lagi..
  
Dengan berbelanja tidak sampai RM1300.00
semua lantai yang sebelum ini berdebu dan
sebam sekarang ni dah nampak cantik dan
berkilat2.  Dengan sedikit kerajinan kakitangan dan
inovasi, jabatan dapat selamatkan RM3,000
jika diupah kontraktor mahir yang buat. ..tengok
cantik tak? Baru semangat banyak nak buat kerja...cuma
ruang ini agak kurang terjaga dengan debu2 masih 
banyak terlekat kat TV, perabot dll. Bahan bacaan
juga perlu ditukargantikan selalu..tengok2lah noo.
Tak ator lagi kutt....tak apa saya buat dulu..
 
Ok... saya nak pi ambil gambar dulu apa yang anak2 buat sejak seminggu dua ni...sebenarnya ada banyak gambar-gambar menarik aaktiviti yang dibuat oleh anak buah yang hendak saya paparkan dlm blog ini tapi..dlm blog ini tidak boleh papar gambar banyak-banyak...nanti dia jadi berat dan lambat dipaparkan....minggu depan saya akan papar gambar lain pula...tukar-tukar..nanti anak2 buah kata pilih kasih pula...Ada tempat tempat lain yang kena diperelokkan seperti meja setiap kakitangan perlu dicantikkan dan diperkemaskan lagi, papan kenyataan, bilik mesyuarat belum terator lagi, barang-barang lama dalam stor yang berselerak lagi, gotong royong cat opis, dsbgnya.... Minggu depan mungkin saya akan paparkan pula tempat-tempat anak-anak buah yang tidak ada apa-apa perubahan yang dibuat lagi...jangan marah yaaa......



 
Ok selamat malam...




'AKUJANJI' kakitangan ini kita buat waktu
mula-mula memegang jawatan..mungkin
ramai yang dah lupa..jadi bacalah balik
dan faham betul-betul...baru kita tidak
tergelincir dari landasan.   Pengenalan diri
kakitangan melalui gambar-gambar dan tugas
kakitangan menambahkan lagi mesra layanan
dan memberi impak yang baik kepada jabatan


ASRI REDHA
 
 


Kita tengok nanti apa akan jadi?  Catatan 4 bulan yang lalu.









Catatan dan Penilaian Pada 10.11.2010



NAMPAKNYA...ANAK2 BUAH PEJABAT TANAH SIK  MAKIN BERSEMANGAT UNTUK PERGI KEARAH TERSEBUT... TIDAK KIRALAH 5S KA ATAU APA2 AN....ADA PERUBAHAN YANG SEMAKIN KETARA YANG SAYA LIHAT... BANYAK RUANG LAGI PERLU DILIHAT DAN DIPERBETULKAN...MAKLUMLAH KITA KENA BUAT DARI PERINGKAT AWAL....KITA BUATLAH BERTERUSAN JANGAN BERHENTI.. SETIAP HARI MESTI ADA PENAMBAHBAIKAN DAN PERUBAHAN..  WALAUPUN PEJABAT TANAH SIK PEJABAT LAMA, PERABOT LAMA, MACAM2 JENIS PULA TU...DUIT BELANJA PUN TIDAK CUKUP, DAH HABIS DAH,TAKPALAH..   KITA TERPAKSA TERIMA HAKIKAT TERSEBUT..KITA TIDAK BOLEH JADIKAN ITU SEBAGAI  PENGHALANG DAN MEMATAHKAN SEMANGAT KITA. ...TAPI YANG PENTINGNYA PEJABAT MESTI BERSIH, KEMAS, CANTIK, TERSUSUN DAN MACAM-MACAM LAGILAH...


KREATIVITI TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA.......

TERIMA KASIH SEMUA... Nanti saya akan ulas lagi secara bergambar pula....



 

Wednesday, November 10, 2010

AKHIRNYA BERJAYA JUGA BERSARA!


Ini bukannya bermaksud nak suruh cepat bersara pada kakitangan... Ini sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan sehingga sampai ke umur bersara.. Bukan senang tau untuk sampai ke umur-umur bersara..Ada yang tidak sempat untuk bersara kerana masalah kesihatan.. ada yang meninggal dunia sewaktu umur yang patutnya masih bekerja disebabkan masalah kesihatan  atau kemalangan...Jadi kejayaan menghabiskan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga umur bersara merupakan satu kejayaan yang besar kepada yang menerimanya.

En Ahmad bin Hashim..Penghantar Notis
Gred N3 yang bersara pada 00.00.2010

En  Radzali bin Hashim ..Penghantar Notis
Gred N3 yang bersara mulai 00.00.2010

Secara kebetulan tahun ini Pejabat Tanah Sik .. telah kehilangan 3 orang pegawai yang amat berpengalaman dalam bidang masing-masing dimana ketiadaan mereka sebulan dua ini sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran aktiviti Pejabat Tanah Sik. Nasib baiklah Kerajaan telah menggantikan 2 orang baru Penghantar Notis datang ke sini dalam tempoh terdekat ini. Cumanya 3 oang Pembantu Tadbir yang bertukar dan seorang Pembantu Tadbir yang bersara tidak diganti-ganti lagi...macam menunggu buah yang tidak gugur-gugur....bila la nak mai.....

Tn Hj Md Zali b. Awang Kecik Pembantu Tadbir
Gred N26 yang bersara mulai 00.00.2010
 Saya selalu membangkitkan isu-isu kekurangan kakitangan  dan kekurangan peruntukan untuk jabatan-jabatana yang tugasnya mengutip hasil kerajaan negeri...Apa-apa kekurangan perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan kerana ia memberi kesan kepada kutipan hasil kerajaan negeri...hasil yang dikutip nak diguna untuk perbelanjaan semua jabatan negeri, bayar gaji dan sebagainya....Jabatan lain tu bukan tidak penting, tapi kalau dah pulusnya tidak ada atau tidak cukup.. tidak ada maknanya...Jadi kepada sahabat2 yang ada kuasa bantulah jabatan-jabatan yang amat memerlukan pertolongan ini seperti Pejabat Tanah Sik... Insya Allah.. kami akan buktikan bahawasanya sedikit yang ditambah berlipat kali ganda hasilnya akan diperolehi oleh kerajaan...

OK selamat bersara dan bertukar...semoga bertambah sejahtera hidup selepas bersara ini......


 

Monday, November 1, 2010

SATU HARI BOLEH SIAP KA ? APA KATA KITA BUAT 2 JAM BOLEH SIAP..

04 November 2010
Pejabat KPTG
Putrajaya

Hari ini saya bersama dengan semua PTD Negeri dan Kedah dan diketuai oleh Dato' Hj Mohd Nor Rofie Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah membuat kunjungan hormat menemui Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan iaitu Ybhg Dato'  Azemi bin Kassim.

Kunjungan seperti ini sepatutnya diadakan selalu agar ada perhubungan yang erat antara Jabatan Persekutuan dan Jabatan Negeri. Bila kerjasama erat terjalin antara pegawai JKPTG dan PTG Kedah maka mudahlah dilaksanakan apa-apa program yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak dan yang penting rakyat dapat manfaatnya. Saya terharu dengan layanan pihak KPTG terhadap rombongan dari Kedah ini. Walaupun jelas diketahui bahawa Kedah dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat tetapi layanan tetap diberikan sama rata, walaupun difahamkan dalam beberapa jawatankuasa tanah yang melibatkan negeri-negeri di Malaysia, PTG Kedah tidak dijemput. Namun PTG tidak seharusnya menjadikan ini sebagai halangan untuk  terus berurusan dengan pihak JKPTG. Banyak isu dan cadangan dikemukakan dalam pertemuan mesra ini dan pihak JKPTG memberi maklumbalas yang agak positif dalam beberapa perkara yang dibangkitkan.  Apa yang penting dalam mendapatkan apa yang diperlukan, Pentadbiran Tanah Kedah perlu buktikan kemampuan melaksanakan apa-apa program yang dilaksanakan oleh JKPTG seperti pelaksanaan Proses Pindah Milik Tanah Dalam Masa 1 hari.

Di akhir perbincangan dan pertemuan, pihak JKPTG telah menyampaikan Sijil Anugerah Khas kepada beberapa Pejabat Tanah Kedah yang telah berjaya melaksanakan Proses Pindah Milik Tanah Dalam Masa 1 Hari. Pejabat Tanah Sik adalah antara Pejabat yang sentiasa kehadapan dalam menjayakan program ini. Malahan kejayaan ini bukan setakat 1 hari tetapi dapat disiapkan dalam tempoh kurang 2 jam sejak 4 bulan berturut-turut.. Kejayaan ini sebenarnya memberi implikasi yang amat baik kepada jabatan dan kakitangan Pejabat Tanah Sik kerana dengan kejayaan ini juga telah merupakan salah satu aspek yang dinilai oleh Kerajaan Negeri Kedah hingga Pejabat Tanah Sik di Anugerah Khas Inovasi dan Kecemerlangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diterima baru-baru ini. Duit pun dapat RM20,000.00. Banyak tu...Inilah janji Pejabat Tanah Sik sejak program ini dilancarkan pada setahun yang lalu sepertimana rencana saya dibawah yang akhirnya terbukti berhasil dengan komitmen semua kakitangan.


Saya sedang menerima Sijil Penghargaan Kejayaan Melaksanakan Urusan Pindah Milik Tanah Dalam Tempoh 1 Hari , 5 bulan berturut-turut dari Ybhg Dato' Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Malaysia, di JKPTG, Putrajaya pada 4 November 2010. 

Namun kejayaan beberapa Pejabat Tanah Kedah mencapai 100% pelaksanaan pindah milik tanah dalam masa 1 hari tidak melonjakkan kedudukan peringkat nasional, dimana Pentadbiran Tanah Kedah duduk ditempat ke 8. Kalau semua Pejabat Tanah dapat melaksanakan program ini 100 peratus, mungkin kedudukan akan lebih baik lagi.

0000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

20 November 2009
Hotel A Famosa Resort,
Melaka

Kerajaan berusaha bermacam-macam cara dan pendekatan dalam memberi kesenangan kepada rakyat dan mempermudahkan rakyat membuat sebarang urusan dengan kerajaan. Sesuai dengan moto kerajaan yang memberikan keutamaan kepada RakYaT.

Pentadbiran Tanah tidak terlepas dari menerima tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Atas hasrat tersebut saya berusaha hadir juga dalam Konvensyen Pentadbir Tanah Seluruh Malaysia yang diadakan di Hotel A Famosa Resort, Melaka bermula dari 22 November hingga 25 November 2009. Konvensyen ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Fokus utama konvensyen ini ialah membuat rumusan bagaimana untuk melaksanakan 'kaunter ekspress' segala urusan yang berkaitan dengan urusniaga dan bukan urusniaga tanah dimana bengkel telah membuat 'kenyataan bersama' untuk melaksanakan urusan pendaftaran dan pengembalian dokumen dapat diselesaikan pada hari yang sama. Dalam beberapa transaksi tertentu seperti pindah milik tanah, gadaian tanah, melepas gadaian tanah dan sebagainya boleh dilaksanakan dengan segera dan ada setengah-setengah pejabat tanah telah membuktikan hanya mengambil masa kurang dari satu jam jika dokumen lengkap dikemukakan.

Pentadbir Tanah Sik, PTD Bandar Baru dan PTD Langkawi sedang mendengar taklimat bengkel...

Pelaksanaan 'kaunter ekspress' seperti ini memerlukan transformasi dalam pentadbiran tanah terutama dalam memastikan semua kakitangan terlibat memahami sepenuhnya hasrat kerajaan dalam memberi kesejahteraan kepada rakyat. Sikap dan cara bekerja perlu berubah.

Dalam hal ini saya juga akan cuba melaksanakan kehendak kerajaan dan memastikan setiap urusniaga tanah dapat diselesaikan pada hari yang sama. Semuanya ini sebenarnya terletak kepada keikhlasan setiap kakitangan untuk bertindak sebaik mungkin seperti mana yang diarahkan. Benda baik orang arah , laksanakan sahajalah sekadar yang termampu, Hendak SeribU DayA, Tidak HendaK SeriBu DaliH..... alasan tidak cukup kakitangan, tidak cukup masa dan banyak kerja adalah alasan murahan yang selalu dibangkitkan bila saja sesuatu perubahan kearah lebih baik diajukan.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Berita Terkini:     Pada 31 Mei 2010..Jabatan ini telah menerima surat penghargaan dan tahniah dari Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar atas kejayaan melaksanakan pendaftaran pindahmilik tanah siap 100% dalam masa satu hari bermula 1 - 15 Mei 2010. Surat penghargaan ini menjadi satu semangat kepada kakitangan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan cekap lagi...Sebenarnya saya tidak buat apa perubahan pun lagipun pindah milik tidak banyak.. cuma arahan buat bagi  cepat sahaja dan buat pemantauan berterusan...Tidak sangka pula sampai KSU sendiri hantar surat penghargaan. Ini sudah serious nampaknya...Tidak boleh buat main-main lagi ni. Peranan dan kesungguhan Ketua Unit dan kakitangan yang sebenarnya menyumbangkan boleh siap  pindahmilik 100% dalam tempoh kurang 1 hari.


Sekurang-kurangnya PTS adalah sedikit sumbangan kepada Pencapaian kedudukan negara Malaysia dikalangan 10 negara yang paling berdaya saing didunia mengikut Laporan Tahunan Daya Saing Dunia bagi 2010 (WYC) yang diterbitkan oleh Institute For Management Development (IMD) berpangkalan did Switzerland. Ini adalah kerana kecepatan memproses pindahmilik tanah juga diambil kira dalam kajian tersebut selain beratus-ratus kriteria lagi yang ditetapkan. Jumlah yang mengambil bahagian dalam saingan in ialah 58 negara. 


Alhamdulillah...sekarang sudah menjadi budaya bagi unit berkenaan..dapat saja borang pindahmilik lengkap yang diserahkan dikaunter....sudah tertanam difikiran mereka kena proses segera..lagi  cepat lagi bagus...bukannya ada apa-apa ganjaranpun tetapi sebenarnya itulah standard kerja yang sebenarnya. Terima kasih dan tahniah kepada semua anak buah yang terlibat kerana prihatin dengan kehendak pihak atasan...Sekarang mereka duduk berkira nak bagi siap dalam tempoh kurang dari 2 jam.  Insya Allah..boleh kut. ....Apa kata unit yang lain juga kita buat macam tu...try pi lah tengok..


Ok jumpa lagi...



berita lanjut boleh layari di http://www.beritasri.blogspot.com/

Bye..jumpa lagi...

asriredha
teratak kasih
Alor setar

Sunday, August 8, 2010

TANAH SUMBER EKONOMI MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK SIK

Mengapa memiliki tanah itu penting? Inilah persoalan yang bermain-main difikiran manusia yang duduk dimuka bumi ini. Memang penting..segala-gala berkenaan tanah adalah penting. Kerana tanahlah orang berperang. Kerana tanahlah adik beradik tidak bertegor sapa. Kerana tanahlah juga orang menjadi gila....macam-macam lah kesannya bila dikaitkan dengan tanah....

Sebab itu adalah penting rakyat yang memiliki tanah menjaganya dengan sebaik mungkin. Tanah menjadi

Sebahagian 220 orang penerima anugerah tanah kerajaan sedang mendengar taklimat dari urusetia Pejabat Tanah Sik


sumber ekonomi yang amat penting. Dengan tanah seseorang itu boleh meningkatkan taraf hidupnya. Banyak aktiviti ekonomi  boleh dilakukan diatas tanah.   Kalau dilihat dari pemohon-pemohon tanah kerajaan di daerah Sik ini, sebahagian besarnya adalah bekerja sebagai petani dan berpendapatan kurang dari RM800.00. yang boleh dikategorikan sebagai miskin. Ini merupakan peluang terbaik kepada pemohon yang dianugerahkan tanah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan melalui tanah yang dimiliki. Kalau sekadar memilik tetapi tidak memajukannya maka tidak ada maknanya memilik tanah tersebut.

Satu majlis Penyampaian Notis 5A KTN telah diadakan oleh Pejabat Tanah Sik pada 08 Ogos 2010 di Dewan Sik. Seramai lebih kurang 250 orang pemohon yang telah dianugerahkan tanah oleh

Tuan Pegawai Daerah Sik sedang menyampaikan notis 5A kepada salah seorang penerima.

kerajaan negeri. Notis 5A adalah notis yang diserahkan kepada pemohon yang berjaya dimana kandungan notis ini mengandungi bayaran-bayaran premium tanah dan lain-lain bayaran yang perlu dijelaskan oleh pemohon yang dianugerahkan tanah kerajaan. Tempoh masa diberikan selama 3 bulan untuk menyelesaikan kesemua bayaran yang ditetapkan. Penyampaian notis ini disempurnakan oleh Tuan Hj Mat Noh Ahmad, Pegawai Daerah Sik. Turut hadir ialah en Mohd Asri Redha b  Abd Rahman Pentadbir Tanah Daerah Sik dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Tanah Sik

Tuesday, July 27, 2010

JABATAN BERSAMA MASYARAKAT JENERI, SIK

27 Julai 2010
Jeneri, Sik

Macam-macam cara yang dibuat oleh jabatan kerajaan untuk mendekati rakyat...semuanya adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dan

Pentadbir Tanah Sik sedang melayan dan beramah mesra dengan pelanggan yang membayar cukai tanah dikaunter Pejabat Tanah Sik. Bagus juga buka kaunter ini. Macam mana pak cik sebelah ni terbuka hati nak bayar cukai tanah yang tertunggak lebih 5 tahun..Hampir RM1,000.00 dibayar pagi ini

juga memberi kepuasan kepada rakyat apabila
berurusan dengan jabatan kerajaan...Oleh itu tidak
timbul kata kerja jabatan kerajaan untuk menyusahkan rakyat. Secara peribadi saya seboleh mungkin akan cuba selesaikan apa-apa isu yang dibangkitkan dan tidak dapat diselesaikan sejak lama, kadang-kadang terpaksa menggunakan budibicara yang mengundang risiko kepada jabatan dan saya sendiri. Tapi apa boleh buat...kita kena buat juga kalau tidak pelanggan akan pasti lebih menghadapi masalah, dan dalam konteks pejabat tanah sudah tentu urusan urusniaga tanah tidak dapat berjalan dengan baik kalau ada halangan-halangan tertentu yang berkemungkinan disebabkan kesilapan, kecuaian, terlepas pandang dan sebagainya. Kebanyakan isu dan masalah berbangkit sekarang ini adalah isu lama yang tidak dapat diselesaikan hingga kini. Sebarang perubahan dan penyelesaian yang dibuat kenalah berpandukan kepada undang-undang dan peraturan tanah yang sedia.. Sesukar manapun masalah yang ada, ianya kena ada penyelesaiannya juga...

Atas inisiatif Tuan Pegawai Daerah Sik , Program Jabatan Bersama Masyarakat telah diadakan di Masjid Al Maarif, Mk Jeneri dan dirasmikan sendiri oleh Tuan Hj Mat Noh b Ahmad.

Kubur kenalah dicuci selalu bagi elok. Cuba tengok kubur orang Kristian di Barat..Elok dan tersusun cantik nampak kubur mereka. Kita orang Islam patut lebih elok lagi. Walaupun orang mati tidak minta kubur mereka bagi bersih tapi kita yang duduk ada atas muka bumi ini kenalah prihatin sikit. Nanti kita juga akan pergi sama ke situ.

Saya tumpang sekaki ikut gotong royong bersama penduduk tempatan mesin rumput di kubur. . Boleh tahan juga gegarannya..

Program melibatkan jabatan-jabatan turun ke padang dan membuka kaunter perkhidmatan masing-masing disitu. Antara jabatan yang mengambil bahagian ialah Pejabat Tanah Sik sendiri yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan tanah dan kutipan cukai tanah. Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah sendiri turut turun ke padang untuk sama-sama dengan masyarakat tempatan Jeneri ini. Perkhidmatan yang disediakan ini sedikit sebanyak membantu memudahkan masyarakat setempat terutama dari segi membayar cukai tanah.

Lain-lain jabatan yang mengambil bahagian ialah Jabatan Kesihatan, Majlis Daerah Sik, JPJ, Jabatan Zakat, Bank, Insuran, Jab Pertanian dan lain-lain lagi.

Pada awal pagi telah diadakan program gotong royong disekitar kawasan masjid terutamanya kubur. Ramai kakitangan jabatan turut mengambil bahagian bersama orang-orang kampong disitu. Paling menarik dan



Majlis Daerah Sik dengan pameran Local Agendanya dan banyak cenderamata disediakan disitu... disamping khidmat perundangan dan penerangan aktiviti MDS.

berkesan ialah hampir 20 orang tempatan telah tampil menderma darah dan ada yang pertama kali menderma..Semoga sumbangan darah mereka ini akan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa manusia yang memerlukan darah. Tidak kurang juga yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma..Ada yang baru sedar rupanya diri ini sudah lama ada kencing manis...Barulah kelamkabut nak pergi berubat. Ok.. itu saja laporan dari PTD Sik.

Sunday, May 30, 2010

MaRi KiTa PaKaT JaGa KeBeRsiHaN OfiS KiTa...BeRsiH SeGaLaNyA...

Sik: 03/05/2009

Hari ini saya bersama semua kakitangan membuat gotong royong pembersihan keseluruhan pejabat. Nampaknya penglibatan kakitangan ok juga..seronok juga tengok anak buah buat kerja dan sayapun tidak sampai hati tengok depa saja buat kerja, jadi sayapun tumpanglah sekaki. Bab-bab buat kerja macam ini memang menjadi kesukaan saya..tidak rugi apapun, letih biasalah tapi keluar juga peloh...anggap ini sebagai senaman...kerana kalau nak pergi joging kat taman cukup membosankan...

Walaupun kerja bertambun kat bilik, apatah lagi kena fikir yang bermacam-macam tapi sekali-sekala kena turun ke padang tengok apa yang berlaku...saya pernah dimaklumkan oleh anak buah ada bos yang tidak pernah jeng0kpun bilik fail, bilik geran, bilik hasil dan sebagainya..

Anak buah yang buat kerja biasa-biasa tu ada juga...mungkin tidak pernah kena buat kerja terok-terok kut maka tidak berapa nak serious...tidak apalah itu perkara biasa... dalam sebakul buah takkan semuanya elok , tak gitu ..

Tengoklah kertas dan dokumen-dokumen lama yang setengah tu tidak patut simpanpun masih tidak dibuat keputusan hendak dibuang atau hendak disimpan diarkib. Akibatnya bertimbun-timbun jadinya dan memang sukar nak cari balik jika diperlukan. Sebab itu tidak hairanlah fail kat ofis tanah selalu sangat hilang..fail ada tapi cari tak jumpa


Sebelum ini saya memang telah tulis sedikit berkenaan kebersihan dalam blog ini.. Macam-macam saya tulis dari kebersihan dirumah, kebersihan dipejabat, kebersihan di persekitaran kita.. dan lain-lain lagi. Jadi cakap kenalah serupa bikin. Hari ini baru saya dapat buat untuk keseluruhannya bagi jabatan saya. Rupanya tidak pernahpun pentadbiran sebelum ini mengadakan gotong royong seperti ini..Sebab itu banyak perkara yang kena ditengok dan kena dibuat dan kena dibersihkan serta kena dibuang. Dalam bilik stor, sampai nak masukpun tidak boleh penuh dengan peralatan dan fail-fail lama yang dihumban begitu sahaja...tidak ada siapa yang tengok dan nak dibuat apa dengan benda-benda itu dan stor tersebut.

Itupun nampaknya masih lagi ada yang belum beres lagi yang mungkin pada anak buah dan ok , tapi pada saya bila periksa balik ada lagi tempat-tempat yang tidak ok. Tapi tidak apalah , itu boleh diaturkan kemudian.

Sebenarnya saya tidak boleh tengok benda-benda macam ni dibiarkan begitu sahaja...saya perlu buat sesuatu walaupun orang tidak mahu buat..sekarang ni dah oklah , cuma nak tengoklah lepas ni ada tak anak buah yang berkenaan jaga tempat yang dibersihkan itu bagi bersih selalu dan ditambahkan lagi dengan apa-apa bagi nampak cantik dan kemas.. ataupun nak kena arah lain baru buat balik...

ok itu saja celoteh saya hari ini..sampai ketemu lagi...

Thursday, May 20, 2010

Tanah Harta Tidak Ternilai : Pemimpin Bersama Rakyat

18 Jun 2010
Sik.

Sebagai jabatan yang terlibat secara langsung dengan rakyat maka Pejabat Tanah Sik telah sama-sama mengambil bahagian dalam pameran jabatan di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Khidmat nasihat berkenaan urusan tanah dan perundangan tanah telah diberikan kepada pelawat yang datang. Ini mendekatkan lagi hubungan antara rakyat dan jabatan kerajaan.


kanan: Penulis b'sma YAB Menteri Besar Kedah dan Tuan Pegawai Daerah Sik di Majlis Perlawanan Bolasepak antara Pilihan Sik dengan Pilihan ADUN di padang Depoh Tahanan Imigresen, Belantik





kiri: YAB Menteri Besar Kedah sedang menyampaikan geran tanah kepada pemohon yang berjayaKata-Kata YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan b. Abd Razak, Menteri Besar Kedah DA di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada 18 Jun 2009 di Dewan Serbaguna Sik. Lebih 100 orang rakyat negeri Kedah telah dianugerahi tanah kerajaan untuk dengan pelbagai projek pertanian dan pembangunan

‘Sebagai pemimpin kita tidak mahu rakyat ditindas, kita tidak mahu rakyat dizalimi. Oleh itu kita lupakan perbedaan anutan politik dan kita sama-sama bekerja . Sekarang kita tidak kaya tetapi kita tidak juga miskin’ .

Perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan perundangan dan prosedur tanah disediakan oleh Pejabat Tanah Sik di Majlis tersebut


asriredha
teratak kasih
alor setar

Tuesday, May 18, 2010

TaNaH AnUgErAh TUHAN..HaRgAiLaH iA


Pejabat Tanah Sik: 07 April 2010

Tanah adalah aset yang paling berharga. Banyak orang menjadi kaya kerana tanah, samada jualbelinya, usahakan atasnya, gadaikannya dan sebagainya... namun begitu ada juga yang tidak begitu menghargainya.

Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi tanah..kadangkala sanggup berbunuhan antara satu sama lain.........Begitulah penangan tanah.


Pentadbir Tanah Daerah Sik sedang menyampaikan Borang Notis 5A kepada salah seorang pemohon yang berjaya

Pejabat Tanah Sik telah mengadakan majlis penyampaian Notis 5A kepada pemohon-pemohon tanah kerajaan yang telah diluluskan pelupusan tanah kerajaan kepada mereka. Majlis diadakan pada 07.04.2010 di bilik gerakan Pejabat Daerah Sik. Dulu-dulu tidak dibuat perkara sebegini. Itu sebab kadang-kadang penerima anugerah tanah tidak begitu menghargai akan pemberian yang amat berharga ini. Bila dapat notis 5A dan isi kandungannya ada cerita bayaran-bayaran premium yang patut dibayar, maka terus hanyut ghaib tanpa khabar berita. Tanah masih tetap diusahakan.. Bila kita nak beri hak milik tidak mahu pula. Ini amat merugikan kerajaan negeri dan rakyat yang amat memerlukan tanah untuk bercucuk tanam atau untuk membangunkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi.

Pentadbir Tanah Daerah Sik memberikan penerangan kepada bakal penerima geran tanah

Sebab itu kerajaan arah supaya bila nak beri notis 5A atau geran tanah maka kena buat sikit majlis dan terangkan proses dan prosedurnya serta kepentingan datang bayar premium kepada kerajaan negeri. Bukan semua orang boleh dapat tanah, tetapi yang hadir pada hari ini adalah orang yang amat bernasib baik.. PTD Sik telah memaklumkan kepada bakal penerima hakmilik ini agar dapat menyelkesaikan segala bayaran yang dikenakan secepat mungkin untuk mengelakkan tanah ditarik balik ataupun dikenakan denda tambahan. Jika ini berlaku akan menimbulkan masalah yang lebih besar lagi kepada pemohon kerana mereka dianggap telah menceroboh tanah kerajaan. Kemungkinan tanah mereka akan dimiliki oleh orang lain apabila dibuka permohonan itu kepada sesiapa yang berminat......

asriredha
teratak kasih
alor setar

Labels: berita dari sik

Posted by asredha61 at 14:05





0