Sunday, August 8, 2010

TANAH SUMBER EKONOMI MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK SIK

Mengapa memiliki tanah itu penting? Inilah persoalan yang bermain-main difikiran manusia yang duduk dimuka bumi ini. Memang penting..segala-gala berkenaan tanah adalah penting. Kerana tanahlah orang berperang. Kerana tanahlah adik beradik tidak bertegor sapa. Kerana tanahlah juga orang menjadi gila....macam-macam lah kesannya bila dikaitkan dengan tanah....

Sebab itu adalah penting rakyat yang memiliki tanah menjaganya dengan sebaik mungkin. Tanah menjadi

Sebahagian 220 orang penerima anugerah tanah kerajaan sedang mendengar taklimat dari urusetia Pejabat Tanah Sik


sumber ekonomi yang amat penting. Dengan tanah seseorang itu boleh meningkatkan taraf hidupnya. Banyak aktiviti ekonomi  boleh dilakukan diatas tanah.   Kalau dilihat dari pemohon-pemohon tanah kerajaan di daerah Sik ini, sebahagian besarnya adalah bekerja sebagai petani dan berpendapatan kurang dari RM800.00. yang boleh dikategorikan sebagai miskin. Ini merupakan peluang terbaik kepada pemohon yang dianugerahkan tanah kerajaan untuk meningkatkan pendapatan melalui tanah yang dimiliki. Kalau sekadar memilik tetapi tidak memajukannya maka tidak ada maknanya memilik tanah tersebut.

Satu majlis Penyampaian Notis 5A KTN telah diadakan oleh Pejabat Tanah Sik pada 08 Ogos 2010 di Dewan Sik. Seramai lebih kurang 250 orang pemohon yang telah dianugerahkan tanah oleh

Tuan Pegawai Daerah Sik sedang menyampaikan notis 5A kepada salah seorang penerima.

kerajaan negeri. Notis 5A adalah notis yang diserahkan kepada pemohon yang berjaya dimana kandungan notis ini mengandungi bayaran-bayaran premium tanah dan lain-lain bayaran yang perlu dijelaskan oleh pemohon yang dianugerahkan tanah kerajaan. Tempoh masa diberikan selama 3 bulan untuk menyelesaikan kesemua bayaran yang ditetapkan. Penyampaian notis ini disempurnakan oleh Tuan Hj Mat Noh Ahmad, Pegawai Daerah Sik. Turut hadir ialah en Mohd Asri Redha b  Abd Rahman Pentadbir Tanah Daerah Sik dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Tanah Sik

Wednesday, August 4, 2010

MEMBUDAYAKAN INTEGRITI AHLI MAJLIS PBT KEDAH

05 Ogos 2010
SP Inn, Sg Petani

Isu integriti selalu menghantui setiap PBT apatah lagi PBT mempunyai pelbagai kuasa yang diberikan melalui pelbagai undang-undang dan akta yang ada. Ujudnya pelbagai kuasa yang diberikan kepada pegawai-pegawai di sesebuah PBT itu telah memberikan suatu suasana yang kadang-kadang boleh disalahgunakan oleh penjawat awam dan juga ahli-ahli majlis itu sendiri. Banyak isu-isu penyalahgunaan kuasa hingga membawa kepada kes-kes mahkamah yang sedikit banyak telah menjejaskan imej sesebuah PBT itu. Kadang-kadang ada Ahli-Ahli Majlis yang kurang memahami akan peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis hingga kadang-kadang timbul masalah dengan pentadbiran PBT itu sendiri.

Amat bertepatan sekali Kerajaan Negeri Kedah melalui INSPIN telah mengadakan Forum Kepimpinan Berkualiti Ahli Majlis PBT Negeri Kedah DA. Forum ini diadakan pada 05 Ogos 2010 di SP Inn. Forum ini adalah khusus untuk memberi penerangan tentang peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis PBT dan juga membudayakan integriti dikalangan penjawat awam dan Ahli Majlis PBT. Tenaga penceramahnya adalah orang berkalibar dari Institut Integriti Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Audit. Sebagai Ahli Majlis Daerah Sik, saya turut sama hadir forum ini.

Malangnya forum yang begitu bermakna dan penting ini pada perkiraan saya hanya separuh sahaja dari Ahli Majlis yang dijemput hadir ke program.. Sesuatu yang amat mendukacitakan. Kebanyakan rekod menunjukkan akan hadir tetapi pada hari sebenar hanya separuh sahaja yang hadir…Ini juga menggambarkan sikap masyarakat kita yang kadang-kadang tidak menghargai akan usaha-usaha urusetia untuk tujuan kearah penambahbaikan…Saya juga melihat bukan setakat program pada hari ini sahaja malah program-program lain juga.begitu…Sebagai penganjur sudah tentu kecewa bila dibuat sesuatu program dengan masa, tenaga dan wang ringgit yang dibelanjakan untuk mengadakan sesuatu program tetapi pada hari sebenarnya tidak banyak mana yang hadir… Bayangkanlah kalau kita sendiri yang buat khenduri jemput ramai orang, tetapi pada hari yang berkenaan hanya segelintir sahaja yang hadir. Sikap-sikap sebeginilah yang akan membantutkan usaha-usaha kearah penambahbaikan dan kearah sebuah negara maju. Sikap-sikap tidak kisah seperti ini seharusnya tidak dibiarkan bertapak dalam diri kita kerana ianya juga nanti akan terbawa-bawa dalam dalam lain-lain sikap  kita seperti sikap terhadap kebersihan, sikap dalam memandu, sikap dalam berjiran dan sebagainya.

Asredha
Teratak Kasih
Alor Setar